scm player

Ketuk Pintu Hati Saya

Translate

Friday, 14 December 2018

Exam ketika Berpuasa ! Best atau tidak ? - UKM

assalamualaikum dan salam sejahtera guys !! Holaa... lama kiranya aku tak buat sebarang update dalam blog yang satu ini. Harap korang sihat, aku sihat. Kita sama-sama sihat. Alhamdulillah !! nice :*

Harini aku nak kongsikan pengalaman berpuasa di UKM. Pengalaman ini aku lalui pada tahun 2017 dan kebetulan masa tu adalah musim peperiksaan. 

Kalau dulu ada yang bersahur dan berbuka bersendirian, kini dah ada peneman, tahniah. Jaga peneman tu baik-baik. :)
Kalau dulu ada yang bersahur dan berbuka bersama-sama, ibu bapa, adik-beradik, kesayangan, tapi kini bersendirian, berjauhan, kuatkan diri korang. Korang perlu tau korang tak bersendirian, sebab kat sini ada aku yang teguh teman korang sebab kita geng ! Aku pun bersahur dan berbuka sorang hahahaha ! 

Berbalik ke pangkal jalan. Back to the topic, aku sebenarnya waktu itu tengah final exam untuk semester kedua di UKM, yang mana kebetulan tarikh exam kali ini jatuh pada bulan yang sangat berkah. Jadi untuk persoalan best atau tidak ber-exam sambil berpuasa ??

     Okay, bagi aku sebenarnya benda ni bukanlah perkara asing bagi pelajar-pelajar. Sebab antara tips yang pernah aku amalkan untuk menjawab exam adalah dengan berpuasa. Dan suka aku nyatakan bahawa menduduki peperiksaan ketika berpuasa sangat meninggalkan kesan positif dalam diri dan kehidupan kita sebagai pelajar. 

     Okay, kenapa ? Baik. Based on pengalaman aku sendiri, aku ambil kisah dari zaman PMR dulu. Aku puasa masa exam, sebab apa ? 

1. Sebab gap antara paper tu kau boleh gunakan untuk membaca nota-nota ringkas yang kau dah sediakan, kau boleh buat solat sunat, kau boleh ambil masa untuk rehatkan otak kau dengan tidur 10-15 minit. Kau tak perlu nak fikir nak makan apa sebab kau tengah puasa. 

2. Sebab bagi aku, tenaga kau tak digunakan banyak untuk hadam makanan yang kau makan, tenaga kau banyak diperah untuk otak kau. Untuk kau ingat balik aku yang kau dah ulang kaji. 

3. Sebab bila berpuasa, fokus kau tajam, kau boleh tumpukan pada soalan-soalan yang ada depan mata kau. Otak kau senang ingat. Again, sebab kau guna banyak tenaga kat otak kau, minda kau. 

4. Sebab puasa mendidik hati dan diri kau untuk sabar, menahan kau dari buat apa-apa yang membatalkan puasa. Bila kau berjaya menahan diri kau dari perkara yang membatalkan puasa, kau mendidik diri patuh akan arahan ALLAH sebab kau berpuasa untuk Allah. Dengan kau dapat mendidik hati kau, kau akan berserah segalanya pada Allah, kau akan set minda kau, penolong kau hanya Allah. Dan pada saat itulah kau yakin, dalam setiap perbuatan kau, yang menolong kau dengan idea-idea bernas, hanya Allah. 

Itu antara sebab yang aku nampak bila aku berpuasa semasa exam. Walaupun aku ini bukanlah orangnya yang begitu layak membicarakan soal agama dengan lebih mendalam, tapi apa yang terjadi atas diri aku itu dah cukup membuat diri ini mengakui kebaikan berpuasa. :D

   Sekarang aku nak kongsikan makanan yang aku makan bila berpuasa dan bila bulan exam datang. (kalau nak makan hari biasa pun boleh, tak ada pantang larang)

1. Susu suam - sama ada susu tepung ke, susu segar yang direneh ke. Minumlah. Susu kambing lagi bagus !! I love milk ! Masa upsr aku minum susu kambing hi ! Goat, masa pmr sampai spm aku minum susu tepung nespray jak. hehehe sebab dia sedap nyum nyum..

2. Kismis, kurma, kekacang - amalkan. Benda ni tak susahpun. Yang korang kena buat adalah kunyah kunyah telan. Dan jika boleh selit-selitkan doa harian, doa belajar, doa tawakal. Kalau tak tahu boleh tanya ustazah atau kawan-kawan lain. Boleh rujuk google, tapi seeloknya carilah guru.  :D

3. Jus buah, jus delima - minumlah jus-jus yang bagi korang vitamin dan khasiat luaran dan dalaman

4. Pisang - okay. Yang ini paling aku suka, sebab pisang ni dahlah mudah dapat, senang makan, sedap pula tu. Korang pun tahu kan apa khasiat pisang ni. 

5. Sayur-sayuran. - penting untuk pertahanan badan

6. Nasi - kalau korang biasa makan nasi, janganlah ubah rutin pemakanan korang tu sekelip mata. Risau akan ubah pula rutin kesihatan haha. Ambil nasi juga, karbo. 

Panjang lebarkan ?? Aku harap walau tak banyak, korang dapat juga sedikit ilmu atau tips yang cuba aku sampaikan. Aku wish korang ALL THE BEST dalam apa jua perkara yang korang buat. Selepas berusaha, kita tawakal kepada Allah. :D 




Di UKM, ramadhan pertama aku. Kat sini suasananya harmoni. Masjid semakin penuh, bantuan untuk pelajar pun semakin banyak dari segi makanan berbuka. 

Tapikan, aku rindukan zaman matrik. Kenangan yang pernah tercipta tu, memang susahkan untuk lenyap ? Aku tak cakap di UKM tak best, best cuma dimatrik kedamaian itu lebih lagi. Tak pe, aku akan cuba untuk mengenali UKM luar dan dalam. Bagi aku sedikit masa. :D

KENANGAN DI KMNS, 2015/2016 
KENANGAN - fefeeling london hahaha pemandangan dari koridor aras 4 blok A. - KMNS
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH




ini adalah hari hari terakhir aku di KMNS 2015/2016 BLOK A1T4.1 



Tuesday, 14 November 2017

Mencari Dana atau Sumbangan Program Derma Darah di Universiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ! Saya sihat, anda sihat, Kita sama-sama sihat. So korang apa khabar ?

Aku kembali ke ruangan ini setelah seberapa ketika menghilangkan diri kerana sibuk dengan pelbagai tugasan harian yang semakin menyempitkan ruang-ruang untuk menulis dan terus menulis.

Okay tujuan hari ini nak bercerita sedikit tentang program yang akan berlansung pada 22 November 2017 nanti dimana Detachment 88Z dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih senang dikenali dengan Persatuan BSMM Kolej Tun Hussein Onn, akan mengadakan satu Program Derma Darah dengan slogan "Setitik Darah, Sejuta Rasa".

Baik nak cerita sedikit tentang apa yang aku sebagai Ahli BSMM faham tentang manfaat menderma darah ni. Okay, berdasarkan gerak kerja yang kami sudah lakukan sebagai persediaan, aku dapati bahawa mengikut statistik PADA 2015 hanya 2.2% rakyat Malaysia yang tampil untuk menderma. Rakyat Malaysia ada 30 juta orang, dan yang tampil menderma hanya 600,000. Aku sangat-sangat terkejut membaca data ini kerana di Malaysia terdapat ramai warga yang berpotensi untuk menderma tapi mereka tidak menderma.

Dan.. ditambah lagi dengan pembacaan bahawa Pusat Kesihatan memerlukan 2000 beg darah sehari untuk menampung keperluan pesakit sekarang. 2000 tu banyak ! Bahkan sangat banyak. Dan aku terus memikirkan bagaimana nasib pesakit yang ketika itu memerlukan bekalan darah.

Dan untuk program ini sudah pasti kami bekerjasama dengan Pusar Darah Negara (PDN) dan kami mendapat maklum bahawa PDN sangat-sangat kekurangan stok darah. Hati aku bagai dihentak-hentak, aku bertanya dimana aku, dimana semua orang dan dimana kita ketika ada yang memerlukan bantuan tapi kita tak boleh nak bantu ? Allahu.

Peranan aku dalam program charity seperti ini sangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan pihak-pihak luar, jabatan-jabatan dan masyarakat yang bertungkus lumus membela mereka yang kurang bernasib baik, namun dengan sedikit pengetahuan dan nilai kemanusiaan, aku menyeru marilah sama-sama kita menderma darah bagi yang telah cukup syarat menderma. Itu tanggungjawab kita. Korang boleh usha atau jenguk portal http://www.myhealth.gov.my/derma-darah/ untuk ketahui lebih lanjut tentang prosedur, syarat menderma dan apa-apa berkaitan derma darah.

Dan dikesempatan ini aku mahu mencari dan menyeru kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan persatuan kami sedikit dana dalam bentuk kewangan / barangan / produk untuk kami menjayakan program ini yang akan berlansung lebih kurang seminggu dari sekarang iaitu pada 22 November 2017 Rabu bertempat di Aras 6, Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Kepada yang sudi membaca, membantu, bahkan mendoakan kelancaran program kami, aku/saya dahului dengan ucapan Terima Kasih.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku melalui whatsapp (sahaja) di 0136325347 ATAU emailkan kepada nurafiffyjohan97@gmail.com