Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ! Saya sihat, anda sihat, Kita sama-sama sihat. So korang apa khabar ?
Aku kembali ke ruangan ini setelah seberapa ketika menghilangkan diri kerana sibuk dengan pelbagai tugasan harian yang semakin menyempitkan ruang-ruang untuk menulis dan terus menulis.
Okay tujuan hari ini nak bercerita sedikit tentang program yang akan berlansung pada 22 November 2017 nanti dimana Detachment 88Z dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih senang dikenali dengan Persatuan BSMM Kolej Tun Hussein Onn, akan mengadakan satu Program Derma Darah dengan slogan "Setitik Darah, Sejuta Rasa".
Baik nak cerita sedikit tentang apa yang aku sebagai Ahli BSMM faham tentang manfaat menderma darah ni. Okay, berdasarkan gerak kerja yang kami sudah lakukan sebagai persediaan, aku dapati bahawa mengikut statistik PADA 2015 hanya 2.2% rakyat Malaysia yang tampil untuk menderma. Rakyat Malaysia ada 30 juta orang, dan yang tampil menderma hanya 600,000. Aku sangat-sangat terkejut membaca data ini kerana di Malaysia terdapat ramai warga yang berpotensi untuk menderma tapi mereka tidak menderma.
Dan.. ditambah lagi dengan pembacaan bahawa Pusat Kesihatan memerlukan 2000 beg darah sehari untuk menampung keperluan pesakit sekarang. 2000 tu banyak ! Bahkan sangat banyak. Dan aku terus memikirkan bagaimana nasib pesakit yang ketika itu memerlukan bekalan darah.
Dan untuk program ini sudah pasti kami bekerjasama dengan Pusar Darah Negara (PDN) dan kami mendapat maklum bahawa PDN sangat-sangat kekurangan stok darah. Hati aku bagai dihentak-hentak, aku bertanya dimana aku, dimana semua orang dan dimana kita ketika ada yang memerlukan bantuan tapi kita tak boleh nak bantu ? Allahu.
Peranan aku dalam program charity seperti ini sangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan pihak-pihak luar, jabatan-jabatan dan masyarakat yang bertungkus lumus membela mereka yang kurang bernasib baik, namun dengan sedikit pengetahuan dan nilai kemanusiaan, aku menyeru marilah sama-sama kita menderma darah bagi yang telah cukup syarat menderma. Itu tanggungjawab kita. Korang boleh usha atau jenguk portal http://www.myhealth.gov.my/derma-darah/ untuk ketahui lebih lanjut tentang prosedur, syarat menderma dan apa-apa berkaitan derma darah.
Dan dikesempatan ini aku mahu mencari dan menyeru kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan persatuan kami sedikit dana dalam bentuk kewangan / barangan / produk untuk kami menjayakan program ini yang akan berlansung lebih kurang seminggu dari sekarang iaitu pada 22 November 2017 Rabu bertempat di Aras 6, Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kepada yang sudi membaca, membantu, bahkan mendoakan kelancaran program kami, aku/saya dahului dengan ucapan Terima Kasih.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku melalui whatsapp (sahaja) di 0136325347 ATAU emailkan kepada nurafiffyjohan97@gmail.com