scm player

Ketuk Pintu Hati Saya

Translate

Wednesday, 28 December 2016

5 Makanan Untuk Buang Lemak Yang Melimpah !!!

Assalamualaikum w.b.t 
Hai, korang sihat ? Aku sihat Alhamdulillah. 😍

Okay hari ini aku nak share 5 Makanan Yang Baik Untuk Membakar Lemak Tubuh. 

1. Semua Jenis Buah Berry. 



Tak kisahlah strawberry ke, blueberry, cranberry dan banyak lagi. Melalui pembacaan aku, buah berry ni mengandungi serat vitamin dan anti-oksidan yang sangat tinggi. Maksudnya, hal ni sangat baik untuk kesihatan korang. untuk info lanjut tentang buah berry ni korang boleh baca DI SINI . Tersangat banyak jika aku nak taip semula disini. 

2. Telur

Ha, yang ni korang mesti macam ye tak ye je kan ? Yes, melalui apa yang aku baca, memang telur ni agen pembakar lemak, terutama bahagian perut. Walaweh !! Dia macam tahu-tahu je, lemak banyak kat perut aku ini. Hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 
Telur ini sebenarnya mengandungi banyak vitamin B12, yang mengawal metabolisme dan protein. Telur sangat baik untuk membakar lemak perut dan membina otot. Kan kaya dengan protein ? So korang janganlah segan silu untuk tambah telur dalam menu harian korang. 

p/s : telur goreng tu terlalu berminyak, kang tak pasal-pasal bertambah pula lemak. Apa kata korang masak telur rebus ke, telur separa masak ke, atau bila korang buat sup sayur bolehlah pecahkan telur dalam tu. Serious sedap !

3. Yogurt Tawar

Yogurt ni adalah senjata paling kuat lah kata orang untuk mengatasi masalah berat badan ni. Nak tahu sebab apa ? Yogurt ni bila kita makan, secara tak langsung ia dapat mengawal nafsu makan kita. Mana yang jenis yang nak menguyah aje tu, jenis yang tiap-tiap jam nak makan, bolehlah ambil yogurt ni sebagai menu harian. Dalam yogurt ni dah ada protein pon, so keinginan kita untuk makan tu macam rendahlah. Kalau nak tahu yogurt tawar yang kandungan lemaknya rendah mempunyai jumlah protein sebanyak 12gr.

4. Teh Hijau dan Teh O

Macam yang selalu kita dengan, bila orang berdiet mesti ambil teh hijau. Perkara ni selalu dah kita dengar kan ? Nak tahu kenapa teh dapat kurangkan lemak dan berat badan kita ? 
Okay, dalam teh hijau ni terdapat kandungan polifenol yang dapat melindungi badan atau tubuh kita dari radikal bebas dan secara tak langsung membantu dalam penyerapan lemak. 
Secawan teh hijau 150ml dapat membakar 25-30 kalori. Nampak macam sikit kan ? Tapi suba amalkan dengan sedikit senaman, in sha ALLAH. 
Teringat dulu zaman matrikulasi, hari-hari aku beli air teh ais lemon. Tak dinafikan, memang ada perubahan. Family aku pun nampak. 

p/s : aku ada juga terbaca tentang kesan teh hijau jika diambil secara berlebihan. Boleh menyebabkan kesan pada tulang. Tulang jadi rapuh. Allahu alam.

5. Kacang Pistachio




Okay adakah korang pernah dengan apa itu kacang pistachio ni ? Kacang Pistachio ni terkenal dengan kandungan lemaknya yang rendah. So korang jangan risau. Dalam kacang ni terdapat vitamin B6, thiamin dan anti-oksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Kandungan inilah yang dapat membantu kita menghindari kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kelebihan lagi, 1 hidangan kacang pistachio ni, dapat memenuhi 12% serat harian manusia. 


So apa pendapat korang ? Diet melalui makanan ni susah ke ? Pesanan aku, kalau korang mengalami masalah berat badan, lemak melimpah-limpah. Janganlah malu dan terus nak berhenti makan, atau mogok makan. Kasihankan tubuh awak tu, 😣 tapi tak bermaksud awak, korang, kalian, kau tak payah bersusah nak berdiet. Diet tu perlu untuk sihat. 

Apa-apa sekali pun betulkan niat kenapa nak berdiet. Adakah untuk kesihatan ? Atau semata-mata kecantikan, perhatian ? Moga bermanfaat. Salam sayang. 😍

p/s : gambar dari encik google. tq πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Friday, 16 December 2016

Himpunan Solidariti #SAVEALEPPO

#SAVEALEPPO 

Itulah slogan yang dipegang berikutan serangan rejim Basyar Al-Assad di Aleppo, Syria. Lebih 1500 peserta menghadiri perhimpunan di depan Kedutaan Russia, Kuala Lumpur bagi mengutuk serangan ke atas rakyat Aleppo.

Perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat hari ini, dihadiri oleh peserta dari seluruh negara termasuk warga Syria.

Laungan takbir bergema di sekitar kedutaan bagi memulakan perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad (Aman Palestin). Seterusnya 3 pihak NGO menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan berkenaan. 

Perhimpunan dan isi kandungan memorandum ini adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak Russia untuk menghentikan serangan dan kekejaman terhadap rakyat Aleppo. 


Assalamualaikum. 
Afiey-Fiffy : Umat Islam diserang dari pelbagai pelusuk dunia. Diserang, dibom, dibunuh dan dibakar hidup-hidup, kita di Malaysia ni ? Adakah masih dengan permainan kita sendiri ? Permainan masa, hati ? Kita tak nampak apa yang berlaku pada saudara kita, sebab tu, kita masih di takuk selesa. Aku bukan bercakap tentang orang lain, tapi tentang kita. Termasuk aku sendiri. 

Nak pergi kesana ? Of course kita tak mampu. Cuma apa yang kita boleh buat, sebelum kita pula diuji dengan ujian berat yang seperti mereka hadapi, lebih baik kita bersedia dengan mempertahankan maruah kita, keluarga kita, agama kita, bangsa kita. Kita takkan mahu dipijak. 

Surah Al-Quran Pengubat Kanser

Ada lapan surah. Ia diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.

2. Salawat Nabi 10x.

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).

2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).

3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).

4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).

5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).

6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).

7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).

8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Nabi s.a.w bersabda:

“Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”

Insyallah.

Resepi Mudah Donut Cheese

Assalamualaikum.. Hi guys, korang sihat ? aku sihat, kita sama-sama sihat. Alhamdulillah. 

Okay entry kali ni aku nak kongsi pasal 1 resipi dimana resipi ini adalah gabungan makanan kesukaan aku. Muahahaha. Okay as you guys dah baca tajuk kat atas tu, aku mention lagi sekali. Harini aku nak kongsi resipi macam mana nak buat Donut Cheese Nyum Nyum !! 

Serius cakap senang giler ! 

Ikut Resipi betul-betul donut korang mesti naik cantik gebu gebas ! hahaha over eh ? Abaikan 😏😏

Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum (aku guna cap ros)
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula (yang ikut koranglah nak manis ke tak)
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 cawan air biasa
  • 1 peket mauripan
  • Sedikit garam (ikut citarasa nak masin ke idok)
  • Cheese Slice

Ni dia tepung cap ros (gambo google)
Tepung ni halus cantik je. Buat apa pun sedap.

Cara-cara :

  1.  Larutkan gula & mauripan dalam air suam. Sebatikan & ketepikan 20 minit untuk dia kembang.
  2. Uli tepung bersama marjerin, susu & garam. Sebatikan. Uli tu betul2, biar sampai lenguh tangan kau, nanti ada otot hahaha 
  3. Bila yis dah kembang, masukkan dalam adunan tepung tadi selang seli dengan air biasa. Uli sehingga jadi doh (tak melekat di tangan) πŸ’ͺπŸ’ͺ
  4. Rehatkan doh selama 30 minitπŸ’’, tutup dengan kain basah. → Kenapa tutup dengan kain basah ? Okay, yis ni akan hidup dalam keadaan lembab, sesuailah dengan keadaan suhu bilik dan lembab dengan kain. Dalam bahasa sains, yis tu nak bernafas. hahaha 
  5. Masa ni bolehlah dok buat benda lain, tengok tv ke. πŸ‘€πŸ‘€
  6. Lepas doh naik, tumbuk πŸ‘Š doh untuk keluarkan angin. 
  7. Acu doh segiempat dan letakkan cheese slice tu. Kemudian tutup doh tu jangan bagi cheese keluar. 
  8. Rehatkan doh untuk mengembang sebelum menggoreng.
  9. Goreng.
  10. Letak dalam Pinggan. 
  11. Baca doa
  12. Tiup-tiup jangan bagi panas.
  13. Makan. Kunyah2 tutup mata. Feel. πŸ˜‹πŸ˜‹
Senangkan ??  SELAMAT MENCUBA !!


Wednesday, 14 December 2016

Hati Tetap Setia - Sanotri lirik

Indahnya waktu bersamamu
Tak pernah kurasa begitu
Senyuman mu menghias kalbu
Tertarik ku dibuai rindu

Harapan ku untuk bersama
Tak mungkin kan dapatku capai
Kerana kau ada pilihan
Ku hanya berserah pada Tuhan

(Korus)
Inginku menjadi, kekasih hatimu...
Ku benar-benar cintakan dirimu
Ingin ku jadikan kau permaisuriku
Bila merenungkan wajah
Kau pancarkan cahaya indah
Dan tak inginnya
Ku terpisah dan berjauhan darimu
Walaupun pilihanmu bukan diriku
Takkan ku rasa hampa
Ku hanya ingin melihat
Kau bahagia dan tersenyum

Ulang Korus

Seandainya engkau diluka
Biarku menjadi sandaranmu
Walaupun engkau bukan milikku
Aku tetap mencintaimu
Biarpun musim berubah
Tapi hatiku tetap setia.

Ji Hyo and Jong Kook confirmed to leave Running Man

Assalamualaikum. sihat ? aku sihat, korang sihat, kita sama2 sihat. Alhamdulillah. 

Macam tajuk tu, dah tau dah kan ? Trending dari semalam bila dua bintang terkenal dalam Running Man buat kenyataan nak tinggalkan rancangan popular seluruh dunia tu. 

Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook akan ikut jejak langkah Gary untuk tinggalkan RM. So apa pendapat korang ?? 

Aku sebenarnya tak berapa amik tau pun pasal korea2 ni. Tapi disebabkan adik aku minat gila ngan rancangan korea ni, setiap kali aku balik rumah mesti rancangan itu aje, so nak taknak tengok aje lah, astro ade 1 je beb. hahaha

Kalau korang nak tahu lanjut pasal RM ni bolehlah usha SINI :D

OK TU JE . byee !!

Tuesday, 6 December 2016

Esok Birthday Aku ?

Nama : NURAFIFFY IZZATI 
Umur : Officially turn 19, on 08 DEC 2016

Assalamualaikum. Awak sihat ? :*
Sebenarnya nak bagitahu esok birthday aku. hahaha
okay tak ada siapa kesah nampaknya. haha Tapi memang patutlah pun kan, dah besar panjang macam ni, nak bangga apanya. Umur meningkat, kubur kata MARI, rumah kata PERGI !!!

Cuma aku teringin bercerita pendek tentang kedewasaan aku. Banyak kenal orang yang hadirnya mereka, memberi 1001 sebab, pengajaran atau orang kata pengalaman. Sama ada itu baik atau buruk, kita terima sebagai hadiah dari Allah agar nanti bila datang lagi seperti mereka, kita sudah paham, sudah tahu, hati kita sudah cekal. :)

Apa yang paling sakit ? Adalah apabila sebuah kesetiaan dan rasa sayang di balas dengan sebuah rasa tak percaya. Pedihnya ,,, bagai sebuah pengkhianatan. Kita boleh tak percaya pada orang. Tapi tak percaya pada orang yang ambil berat pada kita, sayang kita bagai menatang minyak yang penuh, itu sakit tahu tak ? 

Konklusinya, hargailah setiap yang datang, maafkanlah setiap yang pergi. Setiap yang pergi, pasti ada sebabnya Allah biarkan kita menangis SEKEJAP. Supaya kita tak menderita berpanjangan. 

Allahu alam. 

Friday, 2 December 2016

Cara Bahagia - Resepi Hidup

RESEPI HIDUP

1. CINTA πŸ’•πŸ’•
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. 😊😊