scm player

Ketuk Pintu Hati Saya

Translate

Sunday, 23 October 2016

Hari Interaksi Silat - Kaki Terseliuh

Assalamualaikum. aku nak share tentang apa yang terjadi kat aku baru2 ni. 


hari interaksi silat

Bersama-sama ahli silat gayong ukm, kami dah hadiri hari interaksi PSSGUKM. Tempatnya di HPA, UKM saje. 😙

Dekat program interaksi ni, aku belajar macam2. Dan aku juga percaya bukan aku je yang dapat pengalaman baik macam ni, kawan2 aku yang join pun mesti setuju kalau aku cakap bahawa program macam ni memberi impak positif dalam diri kami.

Dalam program ni, kami diajar bermacam-macam situasi. Dari latihan berkumpulan, macam mana nak berhadapan dengan orang ramai, macam mana nak bina keyakinan diri bercakap depan kawan2, depan orang ramai. Macam mana nak capai kesepakatan. 

Program ni 3 hari 2 malam. Malam pertama kitaorang ada LDK. Malam terakhir kitaorang ada nightwalk dalam hutan. Memang best. Macam mana kita dapat rasa diri kita dekat dengan alam sekitar, latih mata melihat dalam gelap, asah deria. 

Hari terakhir, pagi kitaorang ada jungle tracking. Macam2 halangan kitaorang lalui. Sesuatu terjadi, halangan terakhir, kaki aku injured. Betul2 sakit weh !!! arghhhh !!! Sakit !! okay over !

nampak macam takda pape kan ?? tapi serius sakit sebab buku lali aku belah dalam yang kena 😁

Okay, tu je.


Saturday, 22 October 2016

PUISI TEPI JALAN - Fynn Jamal


Assalamualaikum, korang sihat ?

Kali ni aku nak share pasal satu puisi yang sangat terkesan buat aku, yang aku sendiri tak boleh nak move on darinya. 

Bila dengar puisi ni, dekat sangat dengan diri ni. Rasa tercampak segala rasa yang aku tanam dalam telaga buta. hahaha video ni ada kat utube. Selalu aku tengok. Artisnya, Fynn Jamal. Memang dari dulu aku minat dia. Jom tengok videonya "PUISI TEPI JALAN"  ↓↓↓↓↓





Of course we know
Kita--
bukanlah bodoh sangat untuk tak melihatnya
kalau dah namanya manusia
mesti ada yang suka
mesti ada yang tak suka

Matang--
adalah mereka yang menerima
hakikat hidup
adalah mati

Makanya--
the only one we need to please
adalah rabbil ‘izzati
tidaklah dunia ini melainkan ujian kepada kita

Macam main game jugaklah
kalau dah unlock satu level
the next one akan lagi susah tahap gila punya unbelievable
dari pemarah kita jadi penyabar
dari penyedih kita jadi pembahagia
tapi takkan syaitan mudah-mudah berputus asa dengan kita

Lalu dihantar pula manusia-manusia
untuk memetik sabar kita sampai kontang
bertopengkan niat yang baik-baik kadang-kadang
ada masa datang sebagai jahat yang terang


Kita didatangi manusia yang berkehendakkan kita
untuk kembali negative
Don’t let this clouds blind you
istighfar
and politely ask them, to leave
kalau tak terdaya
diam--
pandang--
tapi jangan dengar
ulang--
ini semua syaitan
dari an nar

God knows --
I have somewhat gained enemies
just because I said no to so many common yeses among people

No matter how polite--
It is never easy to tell people it is equally wrong
to deliver negativity to the world

tapi takpelah
keep your prayers , and hope
One day Allah makes them see

Kita sayang semua kan?
Kita nak semua masuk syurga kan?
Jadi kita kena jaga diri kita
dan semua orang keliling kita

Saya Fynn Jamal
dan ini
PUISI TEPI JALAN

Tuesday, 18 October 2016

Andai Hatiku Bersuara - Chomel

Oh Tuhan
Berikanlah aku kekuatan
Menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
'Cukuplah sayang..
Aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara'

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia disisinya
Tidak ku mengerti
Tidak ku fahami















(korus)
Seperti insan biasa
Aku ingin bahagia
Mencintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih...

(ulang korus)

Oh Tuhan berikanlah aku kekuatan
Menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima


Lagu : Rya Rahman
Lirik : Rya Rahman

Monday, 17 October 2016

Silat Gayong UKM

Assalamualaikum, hi semua sihat eh ? winkwink 👀

Aku masuk UKM ni sebagai seorang budak belasan yang tak jangka pun ditawarkan untuk belajar sambung degree. Yela, result matrik aku tak gempak macam kawan2 seusia aku. Sedar beb ! 😅

Aku masuk sini serius cakap, aku tak kenal budaya ramai orang kat sini. Macam mana pun kena adapt gak en ?
Okay bukan tu point sebenar aku untuk entry kali ni.

Aku nak bagitahu, student dalam UKM ni wajib ada citra masing2. So aku pilih untuk masuk citra seni mempertahankan diri, Persatuan Seni Silat Gayong UKM. 



Banyak benda aku belajar dalam silat. Terlalu banyak. Aku malas nak cerita, aku jujur, aku kat entry kali ni just nak ajak korang untuk cebur bidang seni pertahankan diri ni, kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk lindungi orang lain. Yedok ??

Tak kesahlah apa saja pilihan korang, persatuan apa korang nak sebagai ilmu didada, tolong jaga warisan kita. Kita guna seni ni, untuk pertahan maruah agama, bangsa, negara kita. :)

Sekian. 
p/s : cakap banyak tak guna, taip  banyak pun tak guna.✌


Sunday, 16 October 2016

Apa Boleh buat dengan Brokoli ??

Assalamualaikum geng ! haha 

ok, sebelum ni aku ada kongsi pasal KEBAIKAN BROKOLI kan kan ? 

ha.. sekarang, aku nak share apa yang aku buat dengan brokoli ni sebagai sajian enak ? hahaha ayat dia kan ? ngancam gak. 

First, aku selalu buat brokoli bakar, korang potong macam biasa orang potong, korang grill kan dengan garam dan lada sulah, makan gitu pon sedap, dip dengan mayo pon okay. 

Second, brokoli celup tepung beb, SUMPAH aku cakap kau, memang sedap gila. Bancuh tepung goreng ayam jenama Bestari kalau tak silap aku, bancuh dengan air, salutkan brokoli tadi then goreng. Makan panas2, nikmat beb !!

Seterusnya, campurkan brokoli dalam sup sayur yang korang masak. Sihat dan sedap. Perisakan sup dengan lada hitam sikit, memang padu ! :D

Bagi yang diet, cuba rebuskan bawang 1 ladu dipotong dua, brokoli, carrot, dan apa2 sayuran hijau yang korang suka, TANPA GARAM DAN GULA !! nO CUBE IKAN BILIS / AYAM !!

SELAMAT MENCUBA !

Friday, 14 October 2016

Kebaikan Brokoli

Assalamualaikum.. aku sihat, korang sihat :D kita sama2 sihat !!

"Kebaikan Brokoli Untuk Diet"

Hari ni aku akan cerita sikit pasal kebaikan brokoli dan kenapa brokoli menjadi pilihan bagi mereka untuk berdiet :


1) Tahukah korang yang brokoli mengandungi lebih banyak vitamin c berbanding oren ?


2) Selain itu Brokoli mempunyai lebih banyak kandungan kalsium daripada segelas susu.


3) Brokoli juga sumber folate yang baik. Folate penting untuk pertumbuhan dan memperbaiki sel-sel baru.


4) Brokoli Membekalkan potassium pada badan. Potassium penting untuk sistem cecair badan dan membantu sistem saraf.


5) Iannya Sumber yang baik untuk vitamin K. Vitamin K penting untuk pembentukan darah serta jisim tulang.


Tak kisahla korang tengah kuruskan badan atau nak bina otot brokoli memang sangat sesuai untuk di masukkan dalam diet.



Wednesday, 5 October 2016

My CV

okay, ni adalah cv aku dimana aku dan kawan dalam kelas aplikasi komputer diminta membuat cv masing-masing sebagai tugasan :D