Assalamualaikum wbt. Hi guys ! Korang sihat, aku sihat, kita sama2 sihat Alhamdulillah. Lama juga kiranya aku menyepi dari dunia penulisan ni. Bukan terbit rasa bosan cumanya yelah seminggu lepas aku cuti midsem makanya bila ada dirumah, memang jarang2 mengadap laptop apatah lagi menulis ruangan blog.
Entry kali ni entah apa nak aku ceritakan. Seperti biasa biarlah jari jemari ini menaip laju apa yang hati ini berkata. Sungguh kali ini aku dalam dilema yang sebenarnya tak harus pun difikir panjang. Difikir mendalam, cumanya entahlah bila berkaitan diri sendiri manusia mana yng membiarkan saja diri penat dan terluka tentang sesiapa atu apa apa yang mengacuhkannya ? Ye idok ?? Hmm..
Aku rindu zaman sekolah dulu. Rindu dengan suasana pembelajarannya tersendiri, rindu dengan cara mengendali sesuatu aktiviti, dan kalau berjawatan pun, tak terasa lelahnya kerana bonding yang ada dengan kawan2 yang mengendalikannya sangat kuat tambahan sentiasa berada dekat dengan keluarga. Makanya segala lelah yang tersimpan, lebur begitu saja bila adanya masa bersama keluarga setiap hari.
Tapi berlainan ceritanya disini yang mana kini balik kampung pun 2 minggu sekali itu pun jika masih berpeluang. Hmm sakit dan seksa rasanya tanpa kehadiran keluarga yang sangat memberi kekuatan walau tak berkata sepatah pun. Hanya dengan melihat secara berdepan wajah2 mereka terus membuat semangat itu bangkit dan bangkit lagi. Lagi2 bila masa itu dihabiskan dengan ibu dan ayah. Ada saja jenaka dan gelak tawa bila bersama mereka. Jujur aku sedang merindui kedamaian yang boleh aku dapat bila dirumah. Benarlah kata2 'rumahku syurgaku' kerana tenangnya berada dirumah sendiri, takkan dapat dinikmati di tempat lain.
Mesti korang bosan baca entry ni. Entah apa2 kan ? Sebenarnya, aku saja nak luah sini sebab tempat luahan aku semua busy dengan tugas masing-masing. Hmm... Tak semangat lah. Sampai sini je lah. Tatatatatata....
No comments:
Post a Comment