scm player

Ketuk Pintu Hati Saya

Translate

Sunday, 26 March 2017

Malam Interaksi Bsmm Det88Z.

Assalamualaikum guys. Salam sejahtera. Korang sihat, aku sihat. Kita sama-sama sihat. Alhamdulillah. 

Lately, agak busy dengan satu dua program, persatuan, tugasan. Sampai nak update pun tak mampu nak curi-curi masa. Yelah, bila ada masa terluang sikit mesti nak rehat-rehat kan ? Kadang tu sampai tertidur. 

Kalau dulu tiap-tiap minggu boleh balik, sekarang nak balik dua minggu sekali pun kemain susah. Akan ada sahaja program atau apa-apa tugasan nak kena buat, nak kena handle, nak kena urus. Kadang tu rasa macam nak nangis pun ada, rasa tak kuat. Mungkin sebab dah lama tak galas banyak tanggungjawab dalam satu-satu masa. 

Penat ? Tipulah kalau tak penat. Tapikan, best sebab dikelilingi insan-insan yang tahu tugas dan amanah masing-masing. Dikelilingi oleh insan yang tak penting diri. :) 

Minggu lepas, persatuan BSMM DET88Z adakan malam interaksi pada 23/3/17. So untuk jayakan malam tu, AJK cuma ambil masa 1 minggu untuk jayakan. 

 
First meeting untuk malam interaksi

second meeting di bilik rawatan KTHO...

Ok, ni plak adalah sesi menghias bilik memo untuk program malam tu. Semua tahu tugas masing-masing, semua bekerjasama. Alhamdulillah. Thanks guys ! :D


 
 
Usha (depan baju merah), sis Thulase ( baju kelabu) and Yaamuna (merah belakang)
 ok, sekarang kita tengok sikit gambar sekitar program malam interaksi tu. Memang best and ada keistimewaannya tersendiri. Bagi aku, walaupun tampak biasa, tapi bukan gah yang aku cari dalam setiap program yang kami handle, tapi keikhlasan dan memori yang tercipta dari program itu. cewahhh !! 

ini pula adalah kak wani (senior) dan ajk kira, dan yang
bertudung ala ala keladi tu, ajk fatiha
 
sedikit ucapan dari saya sendiri. tak berniat nak buat ucapan sedih, cuma menyatakan apa yang terbuku dihati. :)
dan ini adalah sedikit hadiah kecil, mungkin harganya sangat kecil, atau dimata
orang-orang tiada harga, tapi ini adalah satu satu perkara yang
kami, ajk 2017/18 ikhlas buat untuk semua yang hadir. :)
So, itu adalah serba sedikit program pertama kami sebagai ajk bsmm det88z. 

Dan, selepas itu, pada Sabtu 25/3/17 , kami menghadiri meeting pertama bersama pihak induk. Bangun awal pagi, dengan malam sebelum tu tak boleh tidurnya, memang sangat sangat rabak mata aku. Serious tak tipu. Ngantuk giler. haha 

bersepah dekat tangga, menunggu meja pendaftaran dibuka. Lambat !! hahaha
dahlah mata rabak. Memang membangunkan harimau.



So, itulah sahaja cerita aku. Aku dah banyak kali tak datang latihan silat :( Salah aku ! Banyak juga pelajaran yang kena tangkap balik. InshaAllah slow-slow. hehe. Esok malam ada meeting lagi. Tenang-tenang memikul amanah. InshaALLAH, doa-doakan guys. 

Salam, terima kasih ! Muah cikit. 



No comments:

Post a Comment