Assalamualaikum w.b.t
Okay guys, korang sihat ? Aku sihatt. Kita sama-sama sihat, Alhamdulillah. Salam jumaat, penghulu segala hari. Harap dengan limpah kurnia Allah SWT dapat kita sama-sama menjalani lagi 1 hari dengan penuh berkah dan sarat pengajaran.
Harini belum ada apa sangat nak cerita, nak kongsi. Cuma keinginan untuk terus dan terus menulis tu, masih ada, masih membuak dalam diri yang serba kekurangan ni. Ceh ! Hahaha
Tapi memang betullah kan ? Manusia tu tak lari dari buat silap. Baik yang besar, ataupun yang kecil. Hmm macam tiada penghujungnya kan ? Banyak sangat yang berlaku dalam dua tiga hari ni. Antara sedar atau tak sebenarnya walau apapun yang jadi semalam, kita dah berjaya menginjak hari ini dan meninggalkan apa yang membelenggu semalam.
Macam biasa, aku tak tahu apa nak cerita dalam setiap perkongsian alam maya ni. Membiarkan jari-jari ini menaip apa yang dirasakan mahu. Kadang tu takut juga, sebab aku pernah terbaca. Bukan sahaja percakapan, malah tulisan juga akan dihitung di akhirat kelak. Hmm. Takpe. Aku teruskan juga.
Cerita 1.
Tadi tak kurang dari setengah jam lepas, aku mem'belek' ruangan facebook. Sarat dengan pelbagai bahan untuk dibaca, ditonton. Ada positif dan tak kurang negatif. Aku mulakan dengan menonton satu video yang tiba-tiba muncul lalu di newsfeed.
Dalam video tu, ada beberapa pasang tangan yang memegang seekor penyu. Sepasang tangan tengah pegang semacam alat plier. Okay, tujuannya adalah untuk mengeluarkan sesuatu dari lubang hidung si penyu. Korang tahu apa bendanya ? Straw. STRAW. PLASTIC STRAW. Dan saat saat itu juga aku terkesima. I was like 'What the .....!#%@#%^& ????'
Aku tersedar satu perkara, baik macam mana pun kita, kita buang sampah, plastik dengan betul dalam tong sampah, kenapa masih ada kejadian macam tu ??? Puncanya mesti berbalik pada kita. Yes kita memang betul buang sampah, tapi kita lupa. Kita membiarkan kawan-kawan kita buang sampah merata. Kita masih di takuk yang membiarkan kawan atau orang sekeliling kita melakukan hal yang merosakkan alam.
Okay, aku move on. Aku teruskan lagi video tu. Kau tahu apa ? Makin menikam jantung dan perasaan bila straw itu ditarik, dan keluar bersama lelehan darah si penyu. Weh !!! Satu keperitan di wajah si penyu, yang kalau kau sendiri rasa, kau tak sanggup. Kau bayangkan straw tu dah tersangkut dalam hidung dia berapa lama sampaikan begitu susah untuk dikluarkan. At the end, tangan yang cuba mengeluarkan straw tu, tak dapat nak buang apa dah. straw tu masih tak boleh dikeluarkan, dan mereka ambil keputusan untuk potong sahaja bahagian yang terkeluar. Selebihnya ? Masih berada dalam tu. Dan aku terus tutup video tu, tak sanggup lagi.
Apa yang cuba aku sampaikan ??
Kau bayangkan selama ni, macam mana dia bernafas dengan 1 lubang hidung. Korang sanggup tak ?? Aku akui, aku salah sebab pernah membuang sampah merata, aku salah bila aku dah berubah tapi tak ajak kawan aku sekali. Aku salah. You can put the blame on me. Tapikan, kawan kawan, jomlah kita jaga apa yang perlu kita jaga sementara ada lagi umur hari ini. Aku tak sanggup tengok makhluk yang tak bersalah, kena tempias atas perbuatan kita.
Kawan, jom kita wujudkan kelestarian kita ? Jom kawan. Kita sama-sama. Aku hanya mampu mengajak, tapi untuk melaksanakan, perlukan lebih dari kata aku, iaitu kita.
Salam DET88Z.
No comments:
Post a Comment