scm player

Ketuk Pintu Hati Saya

Translate

Tuesday, 7 March 2017

Kenapa hati berdebar tiba-tiba ?

Assalamualaikum, korang sihat ? Aku sihat, kita sama sama sihat, Alhamdulillah. Selamat malam guys. :)

Aku tak tahu nak mula dari mana, and aku tahu nak mula dari mana. Semuanya bermula terlalu cepat sehinggakan aku sendiri tak pasti macam mana ia hadir. Yang lebih membinggungkan, aku sendiri tak boleh nak kawal apa yang aku rasa. Hal ini lebih terarah peribadi, namun suka aku kongsikan permukaannya sahaja, harap-harap ringan sikit apa yang aku rasa.

Pernah tak korang rasa berdebar-debar tanpa sebab. Semacam perasaan aneh yang lahir dari hati tapi korang tak tahu semacam apa, bentuk macam mana perasaan tu. Akhirnya, korang sendiri yang celaru. Dia ibarat, kita haus, dan segelas air yang sedap ada depan mata, tapi kita tak tahu nak buat apa dengan air tu. Hah.. harap korang paham perumpamaan baru tu. 

Lately, aku mula balik mengekspresi perasaan dalam bentuk tulisan. To be honest, dah hampir setahun tak menulis. Maksud aku, mencoret tulisan-tulisan perasaan. Dalam blog lama aku, usah tanyalah sekerap mana aku update penulisan pecah aku ni. Dalam sehari boleh mencecah 5 tulisan. Penat ? Memang penat. Tapi sebab minat menulis kan ? Kenalah asah. 

Berbalik pada tajuk. 

Aku sekarang lebih suka meluah apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. Kalau dulu aku simpan sendiri pendapat aku, tapi sejak dua menjak ni, aku rasa semakin lantang mengemukakan pendapat. Hmm.. lagi sekali aku keliru. Aku kini orangnya suka meluahkan pendapat, tapi meluahkan perasaan yang tersimpan ? Hmm takut sangat. Kerana apa ? Kerana manusia itu kejam. Manusia boleh meninggalkan, memperkecilkan. 

Mengenai hati yang berdebar tiba-tiba. Mungkin kerana seseorang menghantar getarnya. Atau mungkin kerana seseorang yang kau fikirkan, kau harapkan, tiba-tiba muncul dalam minda kau. Itu pun mungkin salah satu sebab. Maybe. Tu apa yang aku dapat melalui 'pembacaan google. Kau boleh ganti perkataan 'kau' kepada 'aku' dalam ayat diatas. Aku pun celaru sebenarnya penulisan aku ini tuju pada diri aku atau korang. Hahahaha hmmm... nak gelak pon tak ada feel. 

Macam-macam aku nak tulis sebenarnya. Atau mungkin macam macam aku nak confess sebenarnya. Tapikan.... takut. 

Aku tengah dengar lagu I hate you, I love you by Gnash. Serious talk, aku rasa broken gila dengar lagu ni. Padahal aku tak dalam situasi cintan cintun pon. Cinta tiga segi jauh sekali. Hhahaha... tapi hmmm broken. 

I always missing people I shouldn't be missing. Part ni paling aku rasa pecah gila, koyak gila. Hahahaha hmmmm dah lah. Nanti citer lain. 

No comments:

Post a Comment