scm player

Ketuk Pintu Hati Saya

Translate

Monday, 6 March 2017

PPCA : Pertandingan Pertolongan Cemas Asas kali ke-20 UKM, BANGI

Assalamualaikum, selamat petang. Korang sihat ? Aku sihat. 

Macam dah lama sangat aku biarkan ruang ini tak berpenghuni. Dah berabuk teruk, sampaikan kalau kibas dah boleh ishtihar jerebu tahap bahaya, cpu 200. hahaha #kelakarkan ?

Okaylah, aku sebenarnya tak ada apa sangat nak cakap. Macam yang korang baca tajuk atas tu, PPCA : Pertandingan Pertolongan Cemas Asas kali ke-20 bertempat di Dewan Anuar Mahmud, UKM BANGI.  Banyak yang aku tak puas hati sebenarnya. Banyak sangat tapi aku tolak tepi dulu. 

Aku nak kongsikan beberapa perkara yang aku belajar dari program ni. Impak dia tu terlalu besar, terlalu terkesan kat hati dan memori ni ha. Aku masuk program ni atas alasan apa aku tak ingat, yang pasti aku mengikut kawan tak silap. Perkampungan sepatutnya dijadual waktu cuti sem lagi, tapi batal sebab ramai yang ada hal, termasuk aku. 

Dijadikan cerita, latihan untuk program ni berlansung selama 2 minggu sebelum pertandingan pada 4-5 Mac 2017. Tiap malam latih, balik lewat. Honestly, masa awal latihan dijalankan, hati aku diantara redha dan tak redha. Tahulahkan ? Berbahagi. Ada juga sekelumit perasaan, ' boleh ke teruskan ? boleh ke bahagi masa ? ' Korang bayangkan balik 2-3 pagi. Korang fahamlah perasaannya. 

Tapikan, betullah, perancangan Tuhan itu baik. Semakin mendekati hari pertandingan, semakin tak mahu melepaskan setiap masa yang ada untuk latihan. Aku lebih memilih latihan PPCA untuk kolej ni berbandingan latihan citra. Bayangkan ?? Kalau korang anak UKM, tahulah apa itu citra. Haha aku kalau pergi citra, akan minta balik awal sebab nak join latihan. Tahu kenapa ?? Sebab rasa selesa mengatasi rasa lelah. 

Beberapa malam sebelum pertandingan, aku ditanya. Dalam pertandingan ini aku mengharapkan apa ? Kurang lebih begitu pertanyaannya. Jawapan aku, kalau menang itu rezeki. 

Kepada empunya soalan. Maaflah aku tak berlaku jujur ketika itu. Disini aku kemukakan jawapan sebenar. Tipulah kalau dalam hati tak ada sekelumit pun rasa ingin menang, rasa ingin berbangga dengan pencapaian. Selama dewasa ini, dah banyak kemenangan atas kumpulan yang dah aku capai. Setiap pertandingan, mesti mendapat tempat. Paling tinggi no 1 kebangsaan. HAHA riak kan ??? Astaghfirrullahal adzim. 

Tahu apa yang bermain dalam fikiran ?? Pasukan kami takkan kalah. Yang ada cuma pasukan kami menang atau kami belajar. Aku tak pasti jawapan semacam apa sang empunya soalan harapkan dari diri aku ni. Kalau-kalau sang empunya soalan terasa, maafkan. 

Bila latihan, terutamanya kawad, terlalu banyak aku main-main. Tapi aku cuba bagi 200% pada hari kejadian. Walaupun kami team last buat persembahan, tiada rakaman buat kami, tapikan, 1 yang aku belajar. Bahawa bukan setiap kenangan dapat diabadi dalam video atau gambar semata. Kadang-kadang, Tuhan nak memori itu sentiasa tersimpan dalam ingatan. Bila difikirkan lagi, perancangan Tuhan lah yang terbaik, yang sepatutnya lihat kami beraksi, sempat hadir. Yang beranggapan kami tak mampu, sempat melihat bagaimana setiap lelah menghadirkan 1 semangat dalam diri anak muda. Belia masa hadapan. 

Terlalu banyak nak aku ekspresikan dalam coretan ini, dan salah satunya rasa terkilan, kecewa, sedih, hampa dan seumpamanya. Jujur saja aku katakan, dengan kelalaian aku sendiri dalam salah satu slot pertandingan, aku 'mati awal'. Berhari semasa latihan, aku diberi tugasan rawat pesakit patah terbuka. Aku tak takut darah, aku biasa tengok keadaan itu bahkan lebih ngeri. Tapi aku silap, itu bukanlah cabaran buat aku masa mengendalikan pesakit. Tak sampai 1 minit aku beraksi, aku 'MATI'. What the @#$%&^% ??? Dan kerana itu, habis seluruh semangat. Aku tak dapat nak tolong pasukan langsung. Kau rasa ?? You can put the blame on me. Salahnya aku, sebab tak perhati betul2 situasi tu. Hahahaha tak tahu nak sedih atau ketawa. 

Hingga hari ini, aku belum boleh move on. Belum. Hahahaha. Mimpi ngeri. Dan lagi, aku belajar apa tau, kalau umur aku panjang, aku nak sangat pesan pada kawan-kawan yang akan masuk PPCA KE-21, korang jangan terlalu memain, jangan terlalu serius. 

Korang takkan dapat jangka macam mana korang 'MATI'. Hahahaha jangan jadi macam aku. Dihantui perasaan kosong sebab tak dapat nak selamat kan seseorang yang perlukan bantuan kau, walhal kau tahu cara rawat. Jangan jadi macam aku. Mohon. 

Last but not least, korang hargailah setiap moment yang hadir dalam apa jua program yang korang masuk, sekali seumur hidup sahaja moment itu akan muncul. Percayalah, kau akan banyak belajar, kau akan banyak kenal orang, kau akan matang. Selama 2 minggu, aku rasa tak cukup. 

Aku orangnya selalu bermain emosi. Serious talk, aku sayang teammates aku dalam PPCA tu, lain agama, bangsa tak menghalang kita kenal each other. Senior yang banyak habiskan masa semata-mata nak turunkan ilmu, korang berilah mereka penghormatan dengan berikan yang terbaik. Jangan seperti aku, aku adalah harimau yang mahir dihutan, tapi aku mati oleh peluru sesat. 

Sekian, 
Afiey Fiey Izzaty (DET Z) 


No comments:

Post a Comment