Itulah slogan yang dipegang berikutan serangan rejim Basyar Al-Assad di Aleppo, Syria. Lebih 1500 peserta menghadiri perhimpunan di depan Kedutaan Russia, Kuala Lumpur bagi mengutuk serangan ke atas rakyat Aleppo.
Perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat hari ini, dihadiri oleh peserta dari seluruh negara termasuk warga Syria.
Laungan takbir bergema di sekitar kedutaan bagi memulakan perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad (Aman Palestin). Seterusnya 3 pihak NGO menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan berkenaan.
Perhimpunan dan isi kandungan memorandum ini adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak Russia untuk menghentikan serangan dan kekejaman terhadap rakyat Aleppo.
Assalamualaikum.
Afiey-Fiffy : Umat Islam diserang dari pelbagai pelusuk dunia. Diserang, dibom, dibunuh dan dibakar hidup-hidup, kita di Malaysia ni ? Adakah masih dengan permainan kita sendiri ? Permainan masa, hati ? Kita tak nampak apa yang berlaku pada saudara kita, sebab tu, kita masih di takuk selesa. Aku bukan bercakap tentang orang lain, tapi tentang kita. Termasuk aku sendiri.
Nak pergi kesana ? Of course kita tak mampu. Cuma apa yang kita boleh buat, sebelum kita pula diuji dengan ujian berat yang seperti mereka hadapi, lebih baik kita bersedia dengan mempertahankan maruah kita, keluarga kita, agama kita, bangsa kita. Kita takkan mahu dipijak.
No comments:
Post a Comment