scm player

Ketuk Pintu Hati Saya

Translate

Wednesday, 28 December 2016

5 Makanan Untuk Buang Lemak Yang Melimpah !!!

Assalamualaikum w.b.t 
Hai, korang sihat ? Aku sihat Alhamdulillah. 😍

Okay hari ini aku nak share 5 Makanan Yang Baik Untuk Membakar Lemak Tubuh. 

1. Semua Jenis Buah Berry. 



Tak kisahlah strawberry ke, blueberry, cranberry dan banyak lagi. Melalui pembacaan aku, buah berry ni mengandungi serat vitamin dan anti-oksidan yang sangat tinggi. Maksudnya, hal ni sangat baik untuk kesihatan korang. untuk info lanjut tentang buah berry ni korang boleh baca DI SINI . Tersangat banyak jika aku nak taip semula disini. 

2. Telur

Ha, yang ni korang mesti macam ye tak ye je kan ? Yes, melalui apa yang aku baca, memang telur ni agen pembakar lemak, terutama bahagian perut. Walaweh !! Dia macam tahu-tahu je, lemak banyak kat perut aku ini. Hahaha 😂😂😂 
Telur ini sebenarnya mengandungi banyak vitamin B12, yang mengawal metabolisme dan protein. Telur sangat baik untuk membakar lemak perut dan membina otot. Kan kaya dengan protein ? So korang janganlah segan silu untuk tambah telur dalam menu harian korang. 

p/s : telur goreng tu terlalu berminyak, kang tak pasal-pasal bertambah pula lemak. Apa kata korang masak telur rebus ke, telur separa masak ke, atau bila korang buat sup sayur bolehlah pecahkan telur dalam tu. Serious sedap !

3. Yogurt Tawar

Yogurt ni adalah senjata paling kuat lah kata orang untuk mengatasi masalah berat badan ni. Nak tahu sebab apa ? Yogurt ni bila kita makan, secara tak langsung ia dapat mengawal nafsu makan kita. Mana yang jenis yang nak menguyah aje tu, jenis yang tiap-tiap jam nak makan, bolehlah ambil yogurt ni sebagai menu harian. Dalam yogurt ni dah ada protein pon, so keinginan kita untuk makan tu macam rendahlah. Kalau nak tahu yogurt tawar yang kandungan lemaknya rendah mempunyai jumlah protein sebanyak 12gr.

4. Teh Hijau dan Teh O

Macam yang selalu kita dengan, bila orang berdiet mesti ambil teh hijau. Perkara ni selalu dah kita dengar kan ? Nak tahu kenapa teh dapat kurangkan lemak dan berat badan kita ? 
Okay, dalam teh hijau ni terdapat kandungan polifenol yang dapat melindungi badan atau tubuh kita dari radikal bebas dan secara tak langsung membantu dalam penyerapan lemak. 
Secawan teh hijau 150ml dapat membakar 25-30 kalori. Nampak macam sikit kan ? Tapi suba amalkan dengan sedikit senaman, in sha ALLAH. 
Teringat dulu zaman matrikulasi, hari-hari aku beli air teh ais lemon. Tak dinafikan, memang ada perubahan. Family aku pun nampak. 

p/s : aku ada juga terbaca tentang kesan teh hijau jika diambil secara berlebihan. Boleh menyebabkan kesan pada tulang. Tulang jadi rapuh. Allahu alam.

5. Kacang Pistachio




Okay adakah korang pernah dengan apa itu kacang pistachio ni ? Kacang Pistachio ni terkenal dengan kandungan lemaknya yang rendah. So korang jangan risau. Dalam kacang ni terdapat vitamin B6, thiamin dan anti-oksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Kandungan inilah yang dapat membantu kita menghindari kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kelebihan lagi, 1 hidangan kacang pistachio ni, dapat memenuhi 12% serat harian manusia. 


So apa pendapat korang ? Diet melalui makanan ni susah ke ? Pesanan aku, kalau korang mengalami masalah berat badan, lemak melimpah-limpah. Janganlah malu dan terus nak berhenti makan, atau mogok makan. Kasihankan tubuh awak tu, 😣 tapi tak bermaksud awak, korang, kalian, kau tak payah bersusah nak berdiet. Diet tu perlu untuk sihat. 

Apa-apa sekali pun betulkan niat kenapa nak berdiet. Adakah untuk kesihatan ? Atau semata-mata kecantikan, perhatian ? Moga bermanfaat. Salam sayang. 😍

p/s : gambar dari encik google. tq 😉😉😉

Friday, 16 December 2016

Himpunan Solidariti #SAVEALEPPO

#SAVEALEPPO 

Itulah slogan yang dipegang berikutan serangan rejim Basyar Al-Assad di Aleppo, Syria. Lebih 1500 peserta menghadiri perhimpunan di depan Kedutaan Russia, Kuala Lumpur bagi mengutuk serangan ke atas rakyat Aleppo.

Perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat hari ini, dihadiri oleh peserta dari seluruh negara termasuk warga Syria.

Laungan takbir bergema di sekitar kedutaan bagi memulakan perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad (Aman Palestin). Seterusnya 3 pihak NGO menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan berkenaan. 

Perhimpunan dan isi kandungan memorandum ini adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak Russia untuk menghentikan serangan dan kekejaman terhadap rakyat Aleppo. 


Assalamualaikum. 
Afiey-Fiffy : Umat Islam diserang dari pelbagai pelusuk dunia. Diserang, dibom, dibunuh dan dibakar hidup-hidup, kita di Malaysia ni ? Adakah masih dengan permainan kita sendiri ? Permainan masa, hati ? Kita tak nampak apa yang berlaku pada saudara kita, sebab tu, kita masih di takuk selesa. Aku bukan bercakap tentang orang lain, tapi tentang kita. Termasuk aku sendiri. 

Nak pergi kesana ? Of course kita tak mampu. Cuma apa yang kita boleh buat, sebelum kita pula diuji dengan ujian berat yang seperti mereka hadapi, lebih baik kita bersedia dengan mempertahankan maruah kita, keluarga kita, agama kita, bangsa kita. Kita takkan mahu dipijak. 

Surah Al-Quran Pengubat Kanser

Ada lapan surah. Ia diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.

2. Salawat Nabi 10x.

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).

2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).

3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).

4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).

5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).

6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).

7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).

8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Nabi s.a.w bersabda:

“Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”

Insyallah.

Resepi Mudah Donut Cheese

Assalamualaikum.. Hi guys, korang sihat ? aku sihat, kita sama-sama sihat. Alhamdulillah. 

Okay entry kali ni aku nak kongsi pasal 1 resipi dimana resipi ini adalah gabungan makanan kesukaan aku. Muahahaha. Okay as you guys dah baca tajuk kat atas tu, aku mention lagi sekali. Harini aku nak kongsi resipi macam mana nak buat Donut Cheese Nyum Nyum !! 

Serius cakap senang giler ! 

Ikut Resipi betul-betul donut korang mesti naik cantik gebu gebas ! hahaha over eh ? Abaikan 😏😏

Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum (aku guna cap ros)
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula (yang ikut koranglah nak manis ke tak)
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 cawan air biasa
  • 1 peket mauripan
  • Sedikit garam (ikut citarasa nak masin ke idok)
  • Cheese Slice

Ni dia tepung cap ros (gambo google)
Tepung ni halus cantik je. Buat apa pun sedap.

Cara-cara :

  1.  Larutkan gula & mauripan dalam air suam. Sebatikan & ketepikan 20 minit untuk dia kembang.
  2. Uli tepung bersama marjerin, susu & garam. Sebatikan. Uli tu betul2, biar sampai lenguh tangan kau, nanti ada otot hahaha 
  3. Bila yis dah kembang, masukkan dalam adunan tepung tadi selang seli dengan air biasa. Uli sehingga jadi doh (tak melekat di tangan) 💪💪
  4. Rehatkan doh selama 30 minit💢, tutup dengan kain basah. → Kenapa tutup dengan kain basah ? Okay, yis ni akan hidup dalam keadaan lembab, sesuailah dengan keadaan suhu bilik dan lembab dengan kain. Dalam bahasa sains, yis tu nak bernafas. hahaha 
  5. Masa ni bolehlah dok buat benda lain, tengok tv ke. 👀👀
  6. Lepas doh naik, tumbuk 👊 doh untuk keluarkan angin. 
  7. Acu doh segiempat dan letakkan cheese slice tu. Kemudian tutup doh tu jangan bagi cheese keluar. 
  8. Rehatkan doh untuk mengembang sebelum menggoreng.
  9. Goreng.
  10. Letak dalam Pinggan. 
  11. Baca doa
  12. Tiup-tiup jangan bagi panas.
  13. Makan. Kunyah2 tutup mata. Feel. 😋😋
Senangkan ??  SELAMAT MENCUBA !!


Wednesday, 14 December 2016

Hati Tetap Setia - Sanotri lirik

Indahnya waktu bersamamu
Tak pernah kurasa begitu
Senyuman mu menghias kalbu
Tertarik ku dibuai rindu

Harapan ku untuk bersama
Tak mungkin kan dapatku capai
Kerana kau ada pilihan
Ku hanya berserah pada Tuhan

(Korus)
Inginku menjadi, kekasih hatimu...
Ku benar-benar cintakan dirimu
Ingin ku jadikan kau permaisuriku
Bila merenungkan wajah
Kau pancarkan cahaya indah
Dan tak inginnya
Ku terpisah dan berjauhan darimu
Walaupun pilihanmu bukan diriku
Takkan ku rasa hampa
Ku hanya ingin melihat
Kau bahagia dan tersenyum

Ulang Korus

Seandainya engkau diluka
Biarku menjadi sandaranmu
Walaupun engkau bukan milikku
Aku tetap mencintaimu
Biarpun musim berubah
Tapi hatiku tetap setia.

Ji Hyo and Jong Kook confirmed to leave Running Man

Assalamualaikum. sihat ? aku sihat, korang sihat, kita sama2 sihat. Alhamdulillah. 

Macam tajuk tu, dah tau dah kan ? Trending dari semalam bila dua bintang terkenal dalam Running Man buat kenyataan nak tinggalkan rancangan popular seluruh dunia tu. 

Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook akan ikut jejak langkah Gary untuk tinggalkan RM. So apa pendapat korang ?? 

Aku sebenarnya tak berapa amik tau pun pasal korea2 ni. Tapi disebabkan adik aku minat gila ngan rancangan korea ni, setiap kali aku balik rumah mesti rancangan itu aje, so nak taknak tengok aje lah, astro ade 1 je beb. hahaha

Kalau korang nak tahu lanjut pasal RM ni bolehlah usha SINI :D

OK TU JE . byee !!

Tuesday, 6 December 2016

Esok Birthday Aku ?

Nama : NURAFIFFY IZZATI 
Umur : Officially turn 19, on 08 DEC 2016

Assalamualaikum. Awak sihat ? :*
Sebenarnya nak bagitahu esok birthday aku. hahaha
okay tak ada siapa kesah nampaknya. haha Tapi memang patutlah pun kan, dah besar panjang macam ni, nak bangga apanya. Umur meningkat, kubur kata MARI, rumah kata PERGI !!!

Cuma aku teringin bercerita pendek tentang kedewasaan aku. Banyak kenal orang yang hadirnya mereka, memberi 1001 sebab, pengajaran atau orang kata pengalaman. Sama ada itu baik atau buruk, kita terima sebagai hadiah dari Allah agar nanti bila datang lagi seperti mereka, kita sudah paham, sudah tahu, hati kita sudah cekal. :)

Apa yang paling sakit ? Adalah apabila sebuah kesetiaan dan rasa sayang di balas dengan sebuah rasa tak percaya. Pedihnya ,,, bagai sebuah pengkhianatan. Kita boleh tak percaya pada orang. Tapi tak percaya pada orang yang ambil berat pada kita, sayang kita bagai menatang minyak yang penuh, itu sakit tahu tak ? 

Konklusinya, hargailah setiap yang datang, maafkanlah setiap yang pergi. Setiap yang pergi, pasti ada sebabnya Allah biarkan kita menangis SEKEJAP. Supaya kita tak menderita berpanjangan. 

Allahu alam. 

Friday, 2 December 2016

Cara Bahagia - Resepi Hidup

RESEPI HIDUP

1. CINTA 💕💕
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. 😊😊

Wednesday, 30 November 2016

NURRAYSA BEAUTY PRODUCT - UKM

Assalamualaikum, hi semua !! sihat ?? mestilah. muahhhahahaha

Entry kali ni nak cerita tentang apa yang aku buat ! hahaha 

Lepas ni korang tak payah dah nak risau MASALAH :
  •  MASALAH JERAWAT
  • PAKAI EYELINER COMOT
  • RAMBUT GUGUR/ BERKELUMUMUR
  • BUKA TUDUNG SEMUA LARI
  • GINCU TAK SESUAI 
Apa pun masalah korang tu, aku ada penyelesaian. !! Yes betul !! 




Aku jual produk NURRAYSA. Produk kecantikan yang 100% selamat digunakan. Apa kelebihan produk ni ?? Macam2 beb kelebihan dia, yang paling mantappp, produk NURRAYSA ni MESRA WUDUK !! 😁😁😁 





Aku ULANG , MESRA WUDUK ! 

apa antara produk NURRAYSA ni ??




1. Nurraysa Colagen Soap
  • membersih dan mencerahkan kulit wajah
  • menganjalkan kulit muka
  • mengurangkan jerawat dan parut
  • menjadikan tona wajah lebih sekata
  • melembabkan kulit wajah, membersih pori-pori
  • membersihkan make up
p/s : sah sehingga 31 Disember 2016, sabun terlajak laku ni ada promosi, 3 ketul RM80. Harga Asal RM 70 seketul !! Gempak promosi dia ! jom selit order whatsapp 013 6325347 - Fiy
2. Miracle Whitening Spray 30ml
  • memutih
  • mencerah
  • menegang
  • menutup liang-liang roma
  • mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah
3. Treatment Serum 15ml
  • sebagai anti septik dan anti mikrobik - lindungi kulit dari jerawat
  • menjadikan kulit berseri dan mulus
4. UV Krim 5gm
  • lindungi kulit dari sinaran matahari
  • menjadikan kulit cerah berseri

Yang aku terangkan diatas adalah set skincare untuk produk Set Nurraysa 4 in 1. Sebenarnya banyak lagi produk macam gincu, eyeliner, make up remover dan sebagainya. 

Aku cakap ni, produk NURRAYSA ni memang betul sesuai untuk LELAKI, WANITA, WANITA MENGANDUNG, REMAJA DAN KANAK2.  

100% TANPA BAHAN KIMIA. JANGAN RISAU !! PRODUK NI MEMANG UNTUK BANTU ANDA. ❤

selit order laju laju meh 

ws Fiy 013 6325347
ws Fiy 013 6325347
ws Fiy 013 6325347





Wednesday, 23 November 2016

Kebaikan Berjalan Kaki - benefits of walking

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI

*1.JALAN KAKI mencegah Serangan Jantung*
Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung.
Dengan sering bjalan kaki, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spons penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki.

*2.JALAN KAKI mencegah Stroke*
Sebuah penelitian dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko serangan stroke menurun hingga dua pertiga.

*3.JALAN KAKI Membakar Lemak*
Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

*4.JALAN KAKI Melangsingkan Badan*
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terkikis.
Lakukan jalan kaki rutin selama satu jam.

*5.JALAN KAKI mencegah Cancer*
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih tertib. Jalan kaki juga bolih menurunkan risiko terkena cancer payudara.

*6.JALAN KAKI Mencegah Osteoporosis*
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan vitamin D dan kalsium. Tubuh badan juga bergerak dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

*7.JALAN KAKI Mencegah Kencing Manis*
Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk. Anda hanya perlu berjalan kaki rutin untuk terus menjaga kesuburan badan dan terhindar dari diabetes.

*8.JALAN KAKI mencegah Depresi*
Berjalan kaki dengan cepat bolih mengurangkan depresi dan juga manfaat.

Berjalan kaki ke Masjid akan Mendapat Dua kebaikan.
Orang yang melakukan akan mendapatkan dua kebaikan :
1 - ditinggikan darjatnya,
2 - akan dihapuskan dosa-dosa.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
"Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah SWT (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajipan yang telah Allah SWT wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya"
(Hadis Riwayat Muslim No. 1553)

*Subhanallah.. manfaat berjalan kaki*

#BahagianDakwahJakim

Monday, 7 November 2016

Pesta Konvo UKM

assalamualaikum, sihat tak ni ?

entry ni aku nak citer pasal Pesta Konvo UKM 43. hahaha Pesta Konvo ni adalah pesta yang berlansung semasa Majlis Konvokesyen untuk UKM 2016.

Macam2 benda ada kat pesta ni, bunga tu memang berlambaklah orang jual, ada makanan, anak patung, tudung, and banyaklah booth yang jual baju, tudung, yang buat game pon ada. 

Aku macam biasa, akan mencari makanan ajelah. Aku beli air katira, serius cakap TAK SEDAP. Buat pakai air paip kot. Pastu beli nasi lemak, boleh tahan. Niat hati nak beli takoyaki, apakan daya ramai orang. Tapi Alhamdulillah, malam tu masa aku bertugas jaga gerai, ada orang bagi free takoyaki. Sedap weh ! :D

Masa pesta konvo ni juga aku bertugas sebagai pembela amanah pesakit. hehe aku bertugas sebagai BSMM . Entry lain aku cerita. 

Tata weh muahahahaha

Wednesday, 2 November 2016

Luluh - Khai Bahar lirik



Luluh - Khai Bahar 💕

Sudah puas aku menangis lagi
Kau hadirkan mendung awan yang kelam
Namun ku kan tetap bisa betahan

Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir

Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya hati ini

Jika kau tak mampu memberikusenyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku
Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir



Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya hati ini

Jika kau tak mampu memberikusenyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan

Oh biarlah hidupku dengan caraku

Sunday, 23 October 2016

Hari Interaksi Silat - Kaki Terseliuh

Assalamualaikum. aku nak share tentang apa yang terjadi kat aku baru2 ni. 


hari interaksi silat

Bersama-sama ahli silat gayong ukm, kami dah hadiri hari interaksi PSSGUKM. Tempatnya di HPA, UKM saje. 😙

Dekat program interaksi ni, aku belajar macam2. Dan aku juga percaya bukan aku je yang dapat pengalaman baik macam ni, kawan2 aku yang join pun mesti setuju kalau aku cakap bahawa program macam ni memberi impak positif dalam diri kami.

Dalam program ni, kami diajar bermacam-macam situasi. Dari latihan berkumpulan, macam mana nak berhadapan dengan orang ramai, macam mana nak bina keyakinan diri bercakap depan kawan2, depan orang ramai. Macam mana nak capai kesepakatan. 

Program ni 3 hari 2 malam. Malam pertama kitaorang ada LDK. Malam terakhir kitaorang ada nightwalk dalam hutan. Memang best. Macam mana kita dapat rasa diri kita dekat dengan alam sekitar, latih mata melihat dalam gelap, asah deria. 

Hari terakhir, pagi kitaorang ada jungle tracking. Macam2 halangan kitaorang lalui. Sesuatu terjadi, halangan terakhir, kaki aku injured. Betul2 sakit weh !!! arghhhh !!! Sakit !! okay over !

nampak macam takda pape kan ?? tapi serius sakit sebab buku lali aku belah dalam yang kena 😁

Okay, tu je.


Saturday, 22 October 2016

PUISI TEPI JALAN - Fynn Jamal


Assalamualaikum, korang sihat ?

Kali ni aku nak share pasal satu puisi yang sangat terkesan buat aku, yang aku sendiri tak boleh nak move on darinya. 

Bila dengar puisi ni, dekat sangat dengan diri ni. Rasa tercampak segala rasa yang aku tanam dalam telaga buta. hahaha video ni ada kat utube. Selalu aku tengok. Artisnya, Fynn Jamal. Memang dari dulu aku minat dia. Jom tengok videonya "PUISI TEPI JALAN"  ↓↓↓↓↓





Of course we know
Kita--
bukanlah bodoh sangat untuk tak melihatnya
kalau dah namanya manusia
mesti ada yang suka
mesti ada yang tak suka

Matang--
adalah mereka yang menerima
hakikat hidup
adalah mati

Makanya--
the only one we need to please
adalah rabbil ‘izzati
tidaklah dunia ini melainkan ujian kepada kita

Macam main game jugaklah
kalau dah unlock satu level
the next one akan lagi susah tahap gila punya unbelievable
dari pemarah kita jadi penyabar
dari penyedih kita jadi pembahagia
tapi takkan syaitan mudah-mudah berputus asa dengan kita

Lalu dihantar pula manusia-manusia
untuk memetik sabar kita sampai kontang
bertopengkan niat yang baik-baik kadang-kadang
ada masa datang sebagai jahat yang terang


Kita didatangi manusia yang berkehendakkan kita
untuk kembali negative
Don’t let this clouds blind you
istighfar
and politely ask them, to leave
kalau tak terdaya
diam--
pandang--
tapi jangan dengar
ulang--
ini semua syaitan
dari an nar

God knows --
I have somewhat gained enemies
just because I said no to so many common yeses among people

No matter how polite--
It is never easy to tell people it is equally wrong
to deliver negativity to the world

tapi takpelah
keep your prayers , and hope
One day Allah makes them see

Kita sayang semua kan?
Kita nak semua masuk syurga kan?
Jadi kita kena jaga diri kita
dan semua orang keliling kita

Saya Fynn Jamal
dan ini
PUISI TEPI JALAN

Tuesday, 18 October 2016

Andai Hatiku Bersuara - Chomel

Oh Tuhan
Berikanlah aku kekuatan
Menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
'Cukuplah sayang..
Aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara'

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia disisinya
Tidak ku mengerti
Tidak ku fahami















(korus)
Seperti insan biasa
Aku ingin bahagia
Mencintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih...

(ulang korus)

Oh Tuhan berikanlah aku kekuatan
Menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima


Lagu : Rya Rahman
Lirik : Rya Rahman

Monday, 17 October 2016

Silat Gayong UKM

Assalamualaikum, hi semua sihat eh ? winkwink 👀

Aku masuk UKM ni sebagai seorang budak belasan yang tak jangka pun ditawarkan untuk belajar sambung degree. Yela, result matrik aku tak gempak macam kawan2 seusia aku. Sedar beb ! 😅

Aku masuk sini serius cakap, aku tak kenal budaya ramai orang kat sini. Macam mana pun kena adapt gak en ?
Okay bukan tu point sebenar aku untuk entry kali ni.

Aku nak bagitahu, student dalam UKM ni wajib ada citra masing2. So aku pilih untuk masuk citra seni mempertahankan diri, Persatuan Seni Silat Gayong UKM. 



Banyak benda aku belajar dalam silat. Terlalu banyak. Aku malas nak cerita, aku jujur, aku kat entry kali ni just nak ajak korang untuk cebur bidang seni pertahankan diri ni, kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk lindungi orang lain. Yedok ??

Tak kesahlah apa saja pilihan korang, persatuan apa korang nak sebagai ilmu didada, tolong jaga warisan kita. Kita guna seni ni, untuk pertahan maruah agama, bangsa, negara kita. :)

Sekian. 
p/s : cakap banyak tak guna, taip  banyak pun tak guna.✌


Sunday, 16 October 2016

Apa Boleh buat dengan Brokoli ??

Assalamualaikum geng ! haha 

ok, sebelum ni aku ada kongsi pasal KEBAIKAN BROKOLI kan kan ? 

ha.. sekarang, aku nak share apa yang aku buat dengan brokoli ni sebagai sajian enak ? hahaha ayat dia kan ? ngancam gak. 

First, aku selalu buat brokoli bakar, korang potong macam biasa orang potong, korang grill kan dengan garam dan lada sulah, makan gitu pon sedap, dip dengan mayo pon okay. 

Second, brokoli celup tepung beb, SUMPAH aku cakap kau, memang sedap gila. Bancuh tepung goreng ayam jenama Bestari kalau tak silap aku, bancuh dengan air, salutkan brokoli tadi then goreng. Makan panas2, nikmat beb !!

Seterusnya, campurkan brokoli dalam sup sayur yang korang masak. Sihat dan sedap. Perisakan sup dengan lada hitam sikit, memang padu ! :D

Bagi yang diet, cuba rebuskan bawang 1 ladu dipotong dua, brokoli, carrot, dan apa2 sayuran hijau yang korang suka, TANPA GARAM DAN GULA !! nO CUBE IKAN BILIS / AYAM !!

SELAMAT MENCUBA !

Friday, 14 October 2016

Kebaikan Brokoli

Assalamualaikum.. aku sihat, korang sihat :D kita sama2 sihat !!

"Kebaikan Brokoli Untuk Diet"

Hari ni aku akan cerita sikit pasal kebaikan brokoli dan kenapa brokoli menjadi pilihan bagi mereka untuk berdiet :


1) Tahukah korang yang brokoli mengandungi lebih banyak vitamin c berbanding oren ?


2) Selain itu Brokoli mempunyai lebih banyak kandungan kalsium daripada segelas susu.


3) Brokoli juga sumber folate yang baik. Folate penting untuk pertumbuhan dan memperbaiki sel-sel baru.


4) Brokoli Membekalkan potassium pada badan. Potassium penting untuk sistem cecair badan dan membantu sistem saraf.


5) Iannya Sumber yang baik untuk vitamin K. Vitamin K penting untuk pembentukan darah serta jisim tulang.


Tak kisahla korang tengah kuruskan badan atau nak bina otot brokoli memang sangat sesuai untuk di masukkan dalam diet.



Wednesday, 5 October 2016

My CV

okay, ni adalah cv aku dimana aku dan kawan dalam kelas aplikasi komputer diminta membuat cv masing-masing sebagai tugasan :D