scm player

Ketuk Pintu Hati Saya

Translate

Tuesday, 14 November 2017

Mencari Dana atau Sumbangan Program Derma Darah di Universiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ! Saya sihat, anda sihat, Kita sama-sama sihat. So korang apa khabar ?

Aku kembali ke ruangan ini setelah seberapa ketika menghilangkan diri kerana sibuk dengan pelbagai tugasan harian yang semakin menyempitkan ruang-ruang untuk menulis dan terus menulis.

Okay tujuan hari ini nak bercerita sedikit tentang program yang akan berlansung pada 22 November 2017 nanti dimana Detachment 88Z dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih senang dikenali dengan Persatuan BSMM Kolej Tun Hussein Onn, akan mengadakan satu Program Derma Darah dengan slogan "Setitik Darah, Sejuta Rasa".

Baik nak cerita sedikit tentang apa yang aku sebagai Ahli BSMM faham tentang manfaat menderma darah ni. Okay, berdasarkan gerak kerja yang kami sudah lakukan sebagai persediaan, aku dapati bahawa mengikut statistik PADA 2015 hanya 2.2% rakyat Malaysia yang tampil untuk menderma. Rakyat Malaysia ada 30 juta orang, dan yang tampil menderma hanya 600,000. Aku sangat-sangat terkejut membaca data ini kerana di Malaysia terdapat ramai warga yang berpotensi untuk menderma tapi mereka tidak menderma.

Dan.. ditambah lagi dengan pembacaan bahawa Pusat Kesihatan memerlukan 2000 beg darah sehari untuk menampung keperluan pesakit sekarang. 2000 tu banyak ! Bahkan sangat banyak. Dan aku terus memikirkan bagaimana nasib pesakit yang ketika itu memerlukan bekalan darah.

Dan untuk program ini sudah pasti kami bekerjasama dengan Pusar Darah Negara (PDN) dan kami mendapat maklum bahawa PDN sangat-sangat kekurangan stok darah. Hati aku bagai dihentak-hentak, aku bertanya dimana aku, dimana semua orang dan dimana kita ketika ada yang memerlukan bantuan tapi kita tak boleh nak bantu ? Allahu.

Peranan aku dalam program charity seperti ini sangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan pihak-pihak luar, jabatan-jabatan dan masyarakat yang bertungkus lumus membela mereka yang kurang bernasib baik, namun dengan sedikit pengetahuan dan nilai kemanusiaan, aku menyeru marilah sama-sama kita menderma darah bagi yang telah cukup syarat menderma. Itu tanggungjawab kita. Korang boleh usha atau jenguk portal http://www.myhealth.gov.my/derma-darah/ untuk ketahui lebih lanjut tentang prosedur, syarat menderma dan apa-apa berkaitan derma darah.

Dan dikesempatan ini aku mahu mencari dan menyeru kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan persatuan kami sedikit dana dalam bentuk kewangan / barangan / produk untuk kami menjayakan program ini yang akan berlansung lebih kurang seminggu dari sekarang iaitu pada 22 November 2017 Rabu bertempat di Aras 6, Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Kepada yang sudi membaca, membantu, bahkan mendoakan kelancaran program kami, aku/saya dahului dengan ucapan Terima Kasih.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku melalui whatsapp (sahaja) di 0136325347 ATAU emailkan kepada nurafiffyjohan97@gmail.com

Tuesday, 11 April 2017

Tadah Telinga

Assalamualaikum wbt. Hi guys ! Korang sihat, aku sihat, kita sama2 sihat Alhamdulillah. Lama juga kiranya aku menyepi dari dunia penulisan ni. Bukan terbit rasa bosan cumanya yelah seminggu lepas aku cuti midsem makanya bila ada dirumah, memang jarang2 mengadap laptop apatah lagi menulis ruangan blog. 

Entry kali ni entah apa nak aku ceritakan. Seperti biasa biarlah jari jemari ini menaip laju apa yang hati ini berkata. Sungguh kali ini aku dalam dilema yang sebenarnya tak harus pun difikir panjang. Difikir mendalam, cumanya entahlah bila berkaitan diri sendiri manusia mana yng membiarkan saja diri penat dan terluka tentang sesiapa atu apa apa yang mengacuhkannya ? Ye idok ?? Hmm.. 

Aku rindu zaman sekolah dulu. Rindu dengan suasana pembelajarannya tersendiri, rindu dengan cara mengendali sesuatu aktiviti, dan kalau berjawatan pun, tak terasa lelahnya kerana bonding yang ada dengan kawan2 yang mengendalikannya sangat kuat tambahan sentiasa berada dekat dengan keluarga. Makanya segala lelah yang tersimpan, lebur begitu saja bila adanya masa bersama keluarga setiap hari. 

Tapi berlainan ceritanya disini yang mana kini balik kampung pun 2 minggu sekali itu pun jika masih berpeluang. Hmm sakit dan seksa rasanya tanpa kehadiran keluarga yang sangat memberi kekuatan walau tak berkata sepatah pun. Hanya dengan melihat secara berdepan wajah2 mereka terus membuat semangat itu bangkit dan bangkit lagi. Lagi2 bila masa itu dihabiskan dengan ibu dan ayah. Ada saja jenaka dan gelak tawa bila bersama mereka. Jujur aku sedang merindui kedamaian yang boleh aku dapat bila dirumah. Benarlah kata2 'rumahku syurgaku' kerana tenangnya berada dirumah sendiri, takkan dapat dinikmati di tempat lain. 

Mesti korang bosan baca entry ni. Entah apa2 kan ? Sebenarnya, aku saja nak luah sini sebab tempat luahan aku semua busy dengan tugas masing-masing. Hmm... Tak semangat lah. Sampai sini je lah.  Tatatatatata....


Sunday, 26 March 2017

Malam Interaksi Bsmm Det88Z.

Assalamualaikum guys. Salam sejahtera. Korang sihat, aku sihat. Kita sama-sama sihat. Alhamdulillah. 

Lately, agak busy dengan satu dua program, persatuan, tugasan. Sampai nak update pun tak mampu nak curi-curi masa. Yelah, bila ada masa terluang sikit mesti nak rehat-rehat kan ? Kadang tu sampai tertidur. 

Kalau dulu tiap-tiap minggu boleh balik, sekarang nak balik dua minggu sekali pun kemain susah. Akan ada sahaja program atau apa-apa tugasan nak kena buat, nak kena handle, nak kena urus. Kadang tu rasa macam nak nangis pun ada, rasa tak kuat. Mungkin sebab dah lama tak galas banyak tanggungjawab dalam satu-satu masa. 

Penat ? Tipulah kalau tak penat. Tapikan, best sebab dikelilingi insan-insan yang tahu tugas dan amanah masing-masing. Dikelilingi oleh insan yang tak penting diri. :) 

Minggu lepas, persatuan BSMM DET88Z adakan malam interaksi pada 23/3/17. So untuk jayakan malam tu, AJK cuma ambil masa 1 minggu untuk jayakan. 

 
First meeting untuk malam interaksi

second meeting di bilik rawatan KTHO...

Ok, ni plak adalah sesi menghias bilik memo untuk program malam tu. Semua tahu tugas masing-masing, semua bekerjasama. Alhamdulillah. Thanks guys ! :D


 
 
Usha (depan baju merah), sis Thulase ( baju kelabu) and Yaamuna (merah belakang)
 ok, sekarang kita tengok sikit gambar sekitar program malam interaksi tu. Memang best and ada keistimewaannya tersendiri. Bagi aku, walaupun tampak biasa, tapi bukan gah yang aku cari dalam setiap program yang kami handle, tapi keikhlasan dan memori yang tercipta dari program itu. cewahhh !! 

ini pula adalah kak wani (senior) dan ajk kira, dan yang
bertudung ala ala keladi tu, ajk fatiha
 
sedikit ucapan dari saya sendiri. tak berniat nak buat ucapan sedih, cuma menyatakan apa yang terbuku dihati. :)
dan ini adalah sedikit hadiah kecil, mungkin harganya sangat kecil, atau dimata
orang-orang tiada harga, tapi ini adalah satu satu perkara yang
kami, ajk 2017/18 ikhlas buat untuk semua yang hadir. :)
So, itu adalah serba sedikit program pertama kami sebagai ajk bsmm det88z. 

Dan, selepas itu, pada Sabtu 25/3/17 , kami menghadiri meeting pertama bersama pihak induk. Bangun awal pagi, dengan malam sebelum tu tak boleh tidurnya, memang sangat sangat rabak mata aku. Serious tak tipu. Ngantuk giler. haha 

bersepah dekat tangga, menunggu meja pendaftaran dibuka. Lambat !! hahaha
dahlah mata rabak. Memang membangunkan harimau.



So, itulah sahaja cerita aku. Aku dah banyak kali tak datang latihan silat :( Salah aku ! Banyak juga pelajaran yang kena tangkap balik. InshaAllah slow-slow. hehe. Esok malam ada meeting lagi. Tenang-tenang memikul amanah. InshaALLAH, doa-doakan guys. 

Salam, terima kasih ! Muah cikit. 



Friday, 24 March 2017

Puisi : Kenangan Yang Tergantung Di Antara Mega

Hari berganti hari...
Tiga minggu tanpa suara, tanpa sapa
Yang meyakinkan diri ini cuma
mimpi tak bertepi.

Hari berganti hari...
Tiga minggu tanpa ketawa, tanpa canda
Yang menguatkan rasa ini cuma
indah tak selamanya. 

Perjalanan singkat tapi bermakna
Yang mengajar erti sabar itu 
tiada ruginya.
Kalian adalah sebuah nada
Yang aku karang menjadi puisi 
di tengah malam yang semakin sepi dan...
heningnya membuat aku tersedar
Tiga minggu takkan kembali
Dan aku tewas dengan rindu yang 
tergantung tanpa tali. 

Aku... Aku minta maaf andai sampai saat ini pun, kalian masih dalam ingatan. !!

originally : Afiey Fiy (tinta_biru)


Monday, 13 March 2017

Rujukan Pelbagai Subjek - Eko, Math, Eng, Sejarah....

Assalamualaikum, hi guys. Korang sihat ? Aku sihat, kita sama sama sihat. Alhamdulillah. 

Ok guys, aku kali ni nak kongsi kat korang rujukan untuk sesiapa yang takada basic ekonomi, atau yang ada basic then nak recall pelajaran tu. Aku baru je jumpa satu link di youtube. Korang boleh tonton video-video mengenai Ekonomi Asas.  Contohnya, korang nak belajar tentang Wang Dan Institusi Kewangan, Form 5 ( klik link tu). 

Korang dah boleh tengok video tu, ada banyak lagi video kat belah tepi tu, pilih mana korang nak. 

Korang boleh belajar, buat rujukan, tambah sebagai pengetahuan. 

Bukan sahaja subjek ekonomi, korang malah boleh belajar macam-macam subjek. Matematik ada, fungsi kuadratik tu kan ? English ada, Fizik ada, sains kitaran ada, sejarah ada. dan macam-macam lagi lah. 

Korang boleh pergi kat link --> educationmalaysia

Aku sekadar nak berkongsi apa yang aku dapat. Harap dapatlah membantu serba sedikit. Mana-mana yang nak buat homework, tugasan, tutorial, macam-macam lagi. hahaha




Thursday, 9 March 2017

Jom kawan-kawan !

Assalamualaikum w.b.t 
Okay guys, korang sihat ? Aku sihatt. Kita sama-sama sihat, Alhamdulillah. Salam jumaat, penghulu segala hari. Harap dengan limpah kurnia Allah SWT dapat kita sama-sama menjalani lagi 1 hari dengan penuh berkah dan sarat pengajaran. 

Harini belum ada apa sangat nak cerita, nak kongsi. Cuma keinginan untuk terus dan terus menulis tu, masih ada, masih membuak dalam diri yang serba kekurangan ni. Ceh ! Hahaha

Tapi memang betullah kan ? Manusia tu tak lari dari buat silap. Baik yang besar, ataupun yang kecil. Hmm macam tiada penghujungnya kan ? Banyak sangat yang berlaku dalam dua tiga hari ni. Antara sedar atau tak sebenarnya walau apapun yang jadi semalam, kita dah berjaya menginjak hari ini dan meninggalkan apa yang membelenggu semalam.

Macam biasa, aku tak tahu apa nak cerita dalam setiap perkongsian alam maya ni. Membiarkan jari-jari ini menaip apa yang dirasakan mahu. Kadang tu takut juga, sebab aku pernah terbaca. Bukan sahaja percakapan, malah tulisan juga akan dihitung di akhirat kelak. Hmm. Takpe. Aku teruskan juga. 

Cerita 1.
Tadi tak kurang dari setengah jam lepas, aku mem'belek' ruangan facebook. Sarat dengan pelbagai bahan untuk dibaca, ditonton. Ada positif dan tak kurang negatif. Aku mulakan dengan menonton satu video yang tiba-tiba muncul lalu di newsfeed. 

Dalam video tu, ada beberapa pasang tangan yang memegang seekor penyu. Sepasang tangan tengah pegang semacam alat plier. Okay, tujuannya adalah untuk mengeluarkan sesuatu dari lubang hidung si penyu. Korang tahu apa bendanya ? Straw. STRAW. PLASTIC STRAW.  Dan saat saat itu juga aku terkesima. I was like 'What the .....!#%@#%^& ????' 

Aku tersedar satu perkara, baik macam mana pun kita, kita buang sampah, plastik dengan betul dalam tong sampah, kenapa masih ada kejadian macam tu ??? Puncanya mesti berbalik pada kita. Yes kita memang betul buang sampah, tapi kita lupa. Kita membiarkan kawan-kawan kita buang sampah merata. Kita masih di takuk yang membiarkan kawan atau orang sekeliling kita melakukan hal yang merosakkan alam. 

Okay, aku move on. Aku teruskan lagi video tu. Kau tahu apa ? Makin menikam jantung dan perasaan bila straw itu ditarik, dan keluar bersama lelehan darah si penyu. Weh !!! Satu keperitan di wajah si penyu, yang kalau kau sendiri rasa, kau tak sanggup. Kau bayangkan straw tu dah tersangkut dalam hidung dia berapa lama sampaikan begitu susah untuk dikluarkan. At the end, tangan yang cuba mengeluarkan straw tu, tak dapat nak buang apa dah. straw tu masih tak boleh dikeluarkan, dan mereka ambil keputusan untuk potong sahaja bahagian yang terkeluar. Selebihnya ? Masih berada dalam tu. Dan aku terus tutup video tu, tak sanggup lagi. 

Apa yang cuba aku sampaikan ??

Kau bayangkan selama ni, macam mana dia bernafas dengan 1 lubang hidung. Korang sanggup tak ?? Aku akui, aku salah sebab pernah membuang sampah merata, aku salah bila aku dah berubah tapi tak ajak kawan aku sekali. Aku salah. You can put the blame on me. Tapikan, kawan kawan, jomlah kita jaga apa yang perlu kita jaga sementara ada lagi umur hari ini. Aku tak sanggup tengok makhluk yang tak bersalah, kena tempias atas perbuatan kita. 

Kawan, jom kita wujudkan kelestarian kita ? Jom kawan. Kita sama-sama. Aku hanya mampu mengajak, tapi untuk melaksanakan, perlukan lebih dari kata aku, iaitu kita. 

Salam DET88Z. 

Tuesday, 7 March 2017

Kenapa hati berdebar tiba-tiba ?

Assalamualaikum, korang sihat ? Aku sihat, kita sama sama sihat, Alhamdulillah. Selamat malam guys. :)

Aku tak tahu nak mula dari mana, and aku tahu nak mula dari mana. Semuanya bermula terlalu cepat sehinggakan aku sendiri tak pasti macam mana ia hadir. Yang lebih membinggungkan, aku sendiri tak boleh nak kawal apa yang aku rasa. Hal ini lebih terarah peribadi, namun suka aku kongsikan permukaannya sahaja, harap-harap ringan sikit apa yang aku rasa.

Pernah tak korang rasa berdebar-debar tanpa sebab. Semacam perasaan aneh yang lahir dari hati tapi korang tak tahu semacam apa, bentuk macam mana perasaan tu. Akhirnya, korang sendiri yang celaru. Dia ibarat, kita haus, dan segelas air yang sedap ada depan mata, tapi kita tak tahu nak buat apa dengan air tu. Hah.. harap korang paham perumpamaan baru tu. 

Lately, aku mula balik mengekspresi perasaan dalam bentuk tulisan. To be honest, dah hampir setahun tak menulis. Maksud aku, mencoret tulisan-tulisan perasaan. Dalam blog lama aku, usah tanyalah sekerap mana aku update penulisan pecah aku ni. Dalam sehari boleh mencecah 5 tulisan. Penat ? Memang penat. Tapi sebab minat menulis kan ? Kenalah asah. 

Berbalik pada tajuk. 

Aku sekarang lebih suka meluah apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. Kalau dulu aku simpan sendiri pendapat aku, tapi sejak dua menjak ni, aku rasa semakin lantang mengemukakan pendapat. Hmm.. lagi sekali aku keliru. Aku kini orangnya suka meluahkan pendapat, tapi meluahkan perasaan yang tersimpan ? Hmm takut sangat. Kerana apa ? Kerana manusia itu kejam. Manusia boleh meninggalkan, memperkecilkan. 

Mengenai hati yang berdebar tiba-tiba. Mungkin kerana seseorang menghantar getarnya. Atau mungkin kerana seseorang yang kau fikirkan, kau harapkan, tiba-tiba muncul dalam minda kau. Itu pun mungkin salah satu sebab. Maybe. Tu apa yang aku dapat melalui 'pembacaan google. Kau boleh ganti perkataan 'kau' kepada 'aku' dalam ayat diatas. Aku pun celaru sebenarnya penulisan aku ini tuju pada diri aku atau korang. Hahahaha hmmm... nak gelak pon tak ada feel. 

Macam-macam aku nak tulis sebenarnya. Atau mungkin macam macam aku nak confess sebenarnya. Tapikan.... takut. 

Aku tengah dengar lagu I hate you, I love you by Gnash. Serious talk, aku rasa broken gila dengar lagu ni. Padahal aku tak dalam situasi cintan cintun pon. Cinta tiga segi jauh sekali. Hhahaha... tapi hmmm broken. 

I always missing people I shouldn't be missing. Part ni paling aku rasa pecah gila, koyak gila. Hahahaha hmmmm dah lah. Nanti citer lain. 

Monday, 6 March 2017

Tepuk Sebelah Tangan

Assalamualaikum. Selamat tengahari guys. korang sihat, aku sihat. Kita sama2 sihat. wink**

Aku dalam kelas sebenarnya. aku ngantuk then aku terasa nak membebel, mencoret. Tak ada apa sangat pun aku nak cakap. Tiba tiba je aku terasa nak bercakap tentang balasan. Hmm definisi balasan pada korang apa eh ? 

Macam aku, suka aku kaitkan bebelan aku dengan satu kata-kata orang lama. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Pada korang lah, apa yang korang rasa kalau pengharapan korang pada sesuatu tak berbalas. Tak kesahlah percintaan ke, pertemuan ke, kerjasama atau apa yang lebih dalam, harapan mak ayah korang. 

Pernah tak korang sambut kata-kata 'tepuk sebelah tangan takkan berbunyi' ni dan kaitkan dengan harapan ibu bapa korang yang harapkan anak mereka berjaya ? Suka aku kemukakan satu pandangan. Hanya pandangan ye, aku ni pun 2x5 je dengan anak2 yang membiarkan harapan, tak bersambut. 

Bermulanya begini, bayangkanlah tangan mak korang dipenuhi harapan, nak high 5 dengan korang, tapi dengan tak berperasaan kau membiarkan tangan itu tergantung tanpa kau membalas. Tak ke sama dengan 'tepuk sebelah tangan takkan  berbunyi' ?? Haha ini teori tanpa pembuktian ye, yang mana kita sebut andaian. Hmm yes aku memang suka membuat andaian. 

Soalnya disini, sampai bila tangan itu kita nak biarkan tanpa bersambut, tanpa balasan ? Celarunya fikiran aku ni. arghh sampai sini saja. Cuma nak pesan sesuatu, ingat aku dalam doamu. chia chia chia **

Pertemuan dan Perpisahan

Tak terasa bila dia pergi,
Tapi sayu bila dia...tak kembali.
Mencarinya dengan hati suci,
Lebih indah dari memiliki.
...dia datang tanpa seruan, 
dia pergi tanpa halangan.
Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan,
kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan. 

Satunya kata-kata yang masih segar dalam ingatan, bagaimana dia kerap mengulangi dan terus mengulangi. Tanpa jemu, tanpa lelah. 

Kata-kata ini bagai api lilin yang tak terpadamkan selautan. Mustahilkan ? Pertemuan yang tak disengaja, diatur atas nama takdir. Siapa kita untuk membakar setiap pertemuan menjadi abu ? 

Banyak antara kita mempekecilkan pertemuan atas dasar 'kenal-kenal gitu ya udah' . Tapi kita lupa, setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, kalau pertemuan kecil pun kita tak dapat hargai, macam mana suatu perpisahan yang besar akan mencorak peribadi kita ? 

Jam 10.00 malam, dikejutkan dengan berita pemergian 3 jasad sekaligus. Hebat tamparannya dengan tajuk ini, kehilangan seseorang yang takkan kembali ? Bagaimana kita redha ? Selama pertemuan itu, kita hargai tak ? Atau selepas kita lihat jasad dia ditimbus tanah, baru terbit rasa rindu, rasa nak menghargai ? Tepuk dada kawan kawan.

Di satu sudut lagi, kita menghargai setiap pertemuan, setiap insan yang hadir dalam hidup kita, tapi sayang, sikap kita disalah erti. Kita dituduh membodek, mengambil kesempatan, walhal sedikit pun perasaan itu kita minta jauhkan. Adil tak dunia ? 

Hahaha, bukanlah itu jawapannya. Kan perancangan Allah itu baik. Allah memperkenalkan kita dengan orang yang salah, untuk menyedarkan kita, bahawa hati kita ni tak sekeras batu untuk tak datang mengadu pada-NYA. 

Walau apa pun. Kejarlah seseorang yang ambil berat tentang kita, kerana mungkin, anugerah itu takkan datang lagi. 

PPCA : Pertandingan Pertolongan Cemas Asas kali ke-20 UKM, BANGI

Assalamualaikum, selamat petang. Korang sihat ? Aku sihat. 

Macam dah lama sangat aku biarkan ruang ini tak berpenghuni. Dah berabuk teruk, sampaikan kalau kibas dah boleh ishtihar jerebu tahap bahaya, cpu 200. hahaha #kelakarkan ?

Okaylah, aku sebenarnya tak ada apa sangat nak cakap. Macam yang korang baca tajuk atas tu, PPCA : Pertandingan Pertolongan Cemas Asas kali ke-20 bertempat di Dewan Anuar Mahmud, UKM BANGI.  Banyak yang aku tak puas hati sebenarnya. Banyak sangat tapi aku tolak tepi dulu. 

Aku nak kongsikan beberapa perkara yang aku belajar dari program ni. Impak dia tu terlalu besar, terlalu terkesan kat hati dan memori ni ha. Aku masuk program ni atas alasan apa aku tak ingat, yang pasti aku mengikut kawan tak silap. Perkampungan sepatutnya dijadual waktu cuti sem lagi, tapi batal sebab ramai yang ada hal, termasuk aku. 

Dijadikan cerita, latihan untuk program ni berlansung selama 2 minggu sebelum pertandingan pada 4-5 Mac 2017. Tiap malam latih, balik lewat. Honestly, masa awal latihan dijalankan, hati aku diantara redha dan tak redha. Tahulahkan ? Berbahagi. Ada juga sekelumit perasaan, ' boleh ke teruskan ? boleh ke bahagi masa ? ' Korang bayangkan balik 2-3 pagi. Korang fahamlah perasaannya. 

Tapikan, betullah, perancangan Tuhan itu baik. Semakin mendekati hari pertandingan, semakin tak mahu melepaskan setiap masa yang ada untuk latihan. Aku lebih memilih latihan PPCA untuk kolej ni berbandingan latihan citra. Bayangkan ?? Kalau korang anak UKM, tahulah apa itu citra. Haha aku kalau pergi citra, akan minta balik awal sebab nak join latihan. Tahu kenapa ?? Sebab rasa selesa mengatasi rasa lelah. 

Beberapa malam sebelum pertandingan, aku ditanya. Dalam pertandingan ini aku mengharapkan apa ? Kurang lebih begitu pertanyaannya. Jawapan aku, kalau menang itu rezeki. 

Kepada empunya soalan. Maaflah aku tak berlaku jujur ketika itu. Disini aku kemukakan jawapan sebenar. Tipulah kalau dalam hati tak ada sekelumit pun rasa ingin menang, rasa ingin berbangga dengan pencapaian. Selama dewasa ini, dah banyak kemenangan atas kumpulan yang dah aku capai. Setiap pertandingan, mesti mendapat tempat. Paling tinggi no 1 kebangsaan. HAHA riak kan ??? Astaghfirrullahal adzim. 

Tahu apa yang bermain dalam fikiran ?? Pasukan kami takkan kalah. Yang ada cuma pasukan kami menang atau kami belajar. Aku tak pasti jawapan semacam apa sang empunya soalan harapkan dari diri aku ni. Kalau-kalau sang empunya soalan terasa, maafkan. 

Bila latihan, terutamanya kawad, terlalu banyak aku main-main. Tapi aku cuba bagi 200% pada hari kejadian. Walaupun kami team last buat persembahan, tiada rakaman buat kami, tapikan, 1 yang aku belajar. Bahawa bukan setiap kenangan dapat diabadi dalam video atau gambar semata. Kadang-kadang, Tuhan nak memori itu sentiasa tersimpan dalam ingatan. Bila difikirkan lagi, perancangan Tuhan lah yang terbaik, yang sepatutnya lihat kami beraksi, sempat hadir. Yang beranggapan kami tak mampu, sempat melihat bagaimana setiap lelah menghadirkan 1 semangat dalam diri anak muda. Belia masa hadapan. 

Terlalu banyak nak aku ekspresikan dalam coretan ini, dan salah satunya rasa terkilan, kecewa, sedih, hampa dan seumpamanya. Jujur saja aku katakan, dengan kelalaian aku sendiri dalam salah satu slot pertandingan, aku 'mati awal'. Berhari semasa latihan, aku diberi tugasan rawat pesakit patah terbuka. Aku tak takut darah, aku biasa tengok keadaan itu bahkan lebih ngeri. Tapi aku silap, itu bukanlah cabaran buat aku masa mengendalikan pesakit. Tak sampai 1 minit aku beraksi, aku 'MATI'. What the @#$%&^% ??? Dan kerana itu, habis seluruh semangat. Aku tak dapat nak tolong pasukan langsung. Kau rasa ?? You can put the blame on me. Salahnya aku, sebab tak perhati betul2 situasi tu. Hahahaha tak tahu nak sedih atau ketawa. 

Hingga hari ini, aku belum boleh move on. Belum. Hahahaha. Mimpi ngeri. Dan lagi, aku belajar apa tau, kalau umur aku panjang, aku nak sangat pesan pada kawan-kawan yang akan masuk PPCA KE-21, korang jangan terlalu memain, jangan terlalu serius. 

Korang takkan dapat jangka macam mana korang 'MATI'. Hahahaha jangan jadi macam aku. Dihantui perasaan kosong sebab tak dapat nak selamat kan seseorang yang perlukan bantuan kau, walhal kau tahu cara rawat. Jangan jadi macam aku. Mohon. 

Last but not least, korang hargailah setiap moment yang hadir dalam apa jua program yang korang masuk, sekali seumur hidup sahaja moment itu akan muncul. Percayalah, kau akan banyak belajar, kau akan banyak kenal orang, kau akan matang. Selama 2 minggu, aku rasa tak cukup. 

Aku orangnya selalu bermain emosi. Serious talk, aku sayang teammates aku dalam PPCA tu, lain agama, bangsa tak menghalang kita kenal each other. Senior yang banyak habiskan masa semata-mata nak turunkan ilmu, korang berilah mereka penghormatan dengan berikan yang terbaik. Jangan seperti aku, aku adalah harimau yang mahir dihutan, tapi aku mati oleh peluru sesat. 

Sekian, 
Afiey Fiey Izzaty (DET Z) 


Monday, 2 January 2017

Faktor Mempengaruhi Keseimbangan Pendapatan (Y) dan Kadar Bunga (r) - Makro

Faktor Mempengaruhi Keseimbangan Pendapatan (Y) dan Kadar Bunga (r) - Makroekonomi

dalam model IS-LM :
1. Faktor Monetari / Dasar Kewangan - pengaruhi peralihan keluk LM
2. Faktor Benar termasuk Dasar Fiskal. - pengaruhi peralihan keluk IS

1.Kesan Dasar Monetari Mengembang :
-andaikan berlaku pertambahan kuantiti wang ke atas Y dan r.
-berlaku lebihan penawaran wang dan digunakan utk beli bon
-harga bon naik (menyebabkan r jatuh)
-pertambahan penawaran wang/stok wang akan menganjakkan keluk LM ke kanan.
-kadar bunga akan jatuh & pendapatan meningkat
-pelaburan meningkat, Y meningkat melalui proses pengganda
-ini akan meningkatkan lagi permintaan wang dn berterusan hingga capai keseimbangan baru.

2.Kesan Dasar Fiskal dan Dasar Benar Lain

a) Pertambahan perbelanjaan kerajaan(G) dan kesan asakan keluar
-G bertambah maka Y bertambah
-digambarkan apabila keluk IS beralih ke kanan
-kesan akhir, ialah peningkatan Y dan r
-keluk LM tak berubah tak dipengaruhi oleh G

b) Pertambahan Dalam Hasil Cukai

c) Dasar Belanjawan Terimbang

d) Perubahan Pelaburan Autonomus